73326

Royale Chulan Penang Mutiara Baru Pulau Pinang - Suria FM - Segalanya Hiburan

Pulau Pinang sememangnya menjadi lokasi pelancongan yang utama di Malaysia. Bukan sahaja untuk pelancong asing, malah pelancong tempatan juga suka bercuti di Pulau Mutiara ini.

Jadi tidak hairanlah mengapa hotel-hotel di Pulau Pinang ini sering penuh tatkala tiba hujung minggu atau musim cuti persekolahan bermula.

 

625598_14052810150019601712Sewaktu berkunjung ke Pulau Pinang, SURIA berkesempatan untuk menginap di Hotel Royale Chulan Penang yang terletak di Pengkalan Weld Georgetown.

the-royale-bintang-penang-facade-ac8_7469_7477

Hotel Royale Chulan Penang atau dahulunya dikenali sebagai (Royale Bintang) baru tiga tahun beroperasi di negeri ini. Menariknya tentang hotel ini, ia terletak di antara lokasi yang paling strategik untuk anda menginap. Royale Chulan Pulau Pinang berada di tengah-tengah Tapak Warisan Dunia UNESCO yang mana bakal memudahkan anda untuk bergerak ke lokasi-lokasi menarik di sekitar sini.

screen-shot-2017-09-21-at-1-45-16-pm

Ia juga terletak berdekatan dengan terminal feri Pulau Pinang, dan juga Pelabuhan Pulau Pinang di mana kebanyakan kapal persiaran berlabuh.

screen-shot-2017-09-21-at-1-41-38-pm

Sebahagian daripada hotel ini adalah bangunan warisan yang telah dibaik pulih dengan indah yang dibina pada tahun 1892. Ia pasti memberi suasana klasik dan sofistikated serta membawa keunikan tersendiri.

the-royale-bintang-penang-2

screen-shot-2017-09-21-at-8-05-02-pm

Terdapat 3 jenis bilik yang boleh anda pilih untuk menginap di sini iaitu ‘Superior Room’, ‘Deluxe Room” dan ‘Suite’. Untuk Suite pula terdapat pelbagai jenis mengikut kesesuaian dan citarasa anda. Antara Suite yang paling menarik perhatian ialah ‘Penang Suites’ di mana anda akan mendapat pemandangan

terbaik di hotel ini.

Penang Suite
Penang Suite

screen-shot-2017-09-21-at-8-02-33-pm

the-royale-bintang-penang-3

SURIA telah diberi kesempatan menginap di bilik Deluxe. Biliknya begitu luas dan selesa. Katil bersaiz ‘king’ disediakan muat untuk 2 orang dewasa dan seorang kanak-kanak. Balkoninya pula menyajikan pemandangan kolam renang.

screen-shot-2017-09-21-at-1-44-59-pm

img_20170909_143316

img_20170909_143200

Ini pula senarai harga bilik bagi setiap jenis ;

guest-room-configuration

Satu yang SURIA suka di hotel ini ialah anda dilarang untuk merokok di dalam hotel kerana ia dibina di zon bebas rokok. Dalam setiap bilik ada disediakan amaran dilarang merokok. Namun jika anda seorang perokok tegar jangan risau, kerana di luar hotel ini ada ruangan khas untuk anda merokok.

screen-shot-2017-09-21-at-8-26-15-pm

Pulau Pinang sememangnya terkenal sebagai syurga makanan. Namun itu tidak bermakna anda tidak perlu mencuba  hidangan  yang disediakan di hotel ini.

Royale Chulan Penang menyediakan hidangan-hidangan yang lazat bermula dari sarapan pagi hinggalah makan malam.

coffee-house

Untuk sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam, Sri Tanjung Cafe menyediakan pelbagai hidangan lazat untuk anda nimati secara buffet.

 

screen-shot-2017-09-21-at-2-07-39-pmscreen-shot-2017-09-21-at-2-07-16-pm

Bagi yang inginkan makan tengah hari atau malam yang lebih eksklusif dan romantik, singgah saja ke restoran The Spice yang berada di tingkat dua berhadapan kolam renang.

the-spice

Suria sempat mencuba hidangan makan malam yang begitu enak dimasak sendiri oleh chef berpengalaman  yang bertugas disini.

screen-shot-2017-09-21-at-2-05-55-pm

Jika menginap di sini jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke muzium interaktif Pulau Pinang yang terletak bersebelahan dengan hotel ini.

made-in-penang-interactive-2metd_pam_1808_pg10aimage

img_3086

Menariknya , setiap pelanggan yang menginap di hotel ini akan diberikan tiket percuma ke muzium berkenaan yang bernilai RM35 sekeping.

screen-shot-2017-09-21-at-2-27-29-pm

screen-shot-2017-09-21-at-7-59-55-pm

Seperti yang diberitahu, tidak usah risau jika tinggal di hotel in, kerana lokasinya yang strategik memudahkan anda bergerak ke lokasi-lokasi menarik sekitar sini.

Antara tempat-tempat yang wajib anda lawati ialah ;

– Muzium Peranakan – 20-minit berjalan kaki
– Fort Cornwallis – ½ jam berjalan kaki
– Muzium Pulau Pinang – 45-minit berjalan kaki
– Little India – 20-minit berjalan kaki
– China Town – 20-minit berjalan kaki
– Masjid Kapitan Keling – ½ berjalan kaki
– Gereja St. Georges – 45-minit berjalan kaki
– Kuil Sri Mariamann – 20-minit berjalan kaki

screen-shot-2017-09-21-at-7-44-43-pm

Antara tempat lain yang berbaloi untuk dikunjungi juga ialah ;

– Rumah agam Cheong Fatt Tze
– Clan Jetties
– Kuil Kek Lok Si
– Kuil Kuan Yin
– Penang Street Art

Jika anda malas untuk lakukan aktiviti di luar, jangan risau santai saja atau berenang di kolam renang yang disediakan di hotel ini. Atau anda boleh memanjakan tubuh di The Royale Spa. Bagi yang kaki bersenam pula jangan risau kerana gimnasium juga disediakan disini. Kesemua kemudahan ini disediakan di aras dua hotel ini.

screen-shot-2017-09-21-at-2-22-35-pm

swimming-pool-a-slider

screen-shot-2017-09-21-at-2-23-42-pm

Andai anda bosan dan mahu berhibur, lepak saja di Heritage Lounge sambil menikmati hiburan dari kumpulan pemuzik yang disediakan.

bar-1

img_20170911_090146Jika anda mahu melakukan sebarang majlis seperti mesyuarat, persidangan atau perkahwinan, di sini juga disediakan dewan yang sesuai untuk semua aktiviti berkenaan.

screen-shot-2017-09-21-at-2-28-33-pm

screen-shot-2017-09-21-at-2-29-33-pm

screen-shot-2017-09-21-at-2-29-18-pm

banquet-meeting-capacity-update-060617

Untuk semua jenis bilik yang anda pilih, anda bakal menerima semua kemudahan ini ;

– Diskaun 20% untuk Makanan & Minuman

– Tiket percuma ke Muzium Interaktif Pulau Pinang

– Diskaun 20% untuk Muzium Kamera

– Akses Wi-Fi percuma

– Kemudahan alatan mandian dengan kelengkapan semula setiap hari serta
kemudahan kopi dan teh

– Akses percuma ke kolam renang dan gim

– Minuman selamat datang

– Tempat meletak kereta percuma, surat khabar dan air botol

Tidak puas rasanya andai tinggal sehari sahaja disini kerana pelbagai aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sekitar sini. Bagi anda yang sedang dalam rangka merancang percutian di Pulau Pinang, apa kata anda pilih untuk menginap di Royale Chulan Penang yang sememangnya berbaloi untuk dinginapi.

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut, anda boleh lawati laman sesawang rasmi hotel ini di www.royalechulan-penang.com

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!