90233

Ruang Luas Nan Mewah di BYD Lofts Boutique Hotel and Apartments, Phuket - Suria FM - Segalanya Hiburan

Phuket merupakan sebuah tempat yang sentiasa mendapat perhatian pelancong. Antara fokus utama pelancong ke Phuket adalah kerana pantainya dan juga aktiviti ‘island hopping’ ke pulau-pulau berdekatan seperti Pulau Phi Phi dan Phang Nga Bay. Phuket sendiri tidak kurang dengan daya tarikan pelancong antaranya pusat hiburan Bangla Road serta tempat bersejarah seperti Wat Chalong.

Selain daripada merancang aktiviti-aktiviti eksplorasi di Phuket, pastinya tempat penginapan yang selesa perlu di ambil kira agar mendapat rehat yang secukupnya. Bagi mereka yang inginkan ruang yang luas, mewah dan moden, BYD Lofts Boutique Hotel and Services Apartment adalah pilihan yang terbaik untuk anda.
Lokasinya yang strategik terletak kira-kira 200 meter sahaja dari Pantai Patong dan juga hanya 10 minit perjalanan ke Jungceylon Mall dan Bangla Road. Dengan menaiki tuk tuk hanya memakan masa 2 minit sahaja ke lokasi tersebut.

Uniknya hotel ini ialah kesemua bilik yang disediakan dilengkapi dengan ruang utama dan bilik yang berasingan. Semua terserah kepada keperluan serta bajet anda. Antara pilihan yang disediakan ialah 1 Bedroom Deluxe Suite. Bilik yang bertemakan chic dan kontemporari ini dilengkapi dengan bilik, ruang utama serta balkoni. 1 Bedroom Grand Deluxe Suite pula dilengkapi dengan ruang bilik dan ruang utama yang lebih luas serta akses 24 jam kolam renang di bumbung hotel. 2 Bedroom Penthouse Suite pula sesuai bagi mereka yang ingin berlibur di bilik hotel. Terdapat lif persendirian khusus bagi penginap hotel di samping kemudahan dapur bagi mereka yang ingin memasak dan menjamu selera. Akhir sekali ialah 2 Bedrooms Grand Deluxe Suite merupakan penginapan mewah yang menggabungkan gaya kontemporari serta tema BYD Lofts. Mempunyai dua kamar dan ruang utama yang luas, suite ini juga menyediakan akses eksklusif kepada penginap untuk ke ruang balkoni.

BYD Lofts Boutique Hotel and Serviced Apartments juga menyediakan restoran dan juga kafe bagi mereka yang ingin menjamu selera. Restoran BYD Bar & Bistro menyediakan makanan fusion Eropah dan Thai manakala Café Soho pula menyediakan pelbagai jenis minuman bagi mereka yang ingin berehat dan bersantai bersama rakan-rakan.


Jika anda inginkan penginapan yang moden, luas dan mewah sepanjang berada di Phuket pastikan BYD Lofts Boutique Hotel and Serviced Apartments menjadi pilihan anda Untuk maklumat lanjut layari laman web https://www.bydlofts.com

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!
    Enable referrer and click cookie to search for pro webber