73375

Sajian Enak Sempena Krismas dan Hujung Tahun di One World Hotel - Suria FM - Segalanya Hiburan

cnm-dec-christmas-ever-after

Hujung tahun memang dinantikan oleh ramai orang kerana itulah waktu untuk bercuti dan menghabiskan masa bersama keluarga tersayang.

Jika tidak sempat bercuti, sekurang-kurangnya itulah waktu yang boleh digunakan untuk menjamu selera dengan keluarga dan rakan-rakan.

baked-cheese-mussel

Dengan perayaan Krismas yang bakal menjelma, banyak hotel di sekitar Lembah Kelang yang mula membuat promosi khas sambil menawarkan menu-menu barat ala Krismas yang lazat. Dan inilah peluang untuk mencuba sajian yang biasa dihidangkan di musim perayaan Krismas.

Tidak ketinggalan untuk menawarkan sajian lazat adalah Cinnamon Coffee House di Hotel One World yang terletak di Bandar Utama Petaling Jaya.

christmas-pudding

Pelbagai hidangan lazat disediakan seperti Ayam Belanda Panggang dengan Madu dan Herba, Frittata Udang, Sup Krim Daging Brisket dan banyak lagi.

honey-and-herb-roasted-whole-turkey

Tidak dilupakan juga ajnas manisan serta pencuci mulut untuk melengkapkan sajian.

chicken-cordon-bleu

Jadi tunggu apa lagi, nikmati bufet Krismas di Cinnamon Coffee House pada 24 dan 25 Disember 2017 dari jam 6.30 petang hingga 10.30 malam pada harga RM158 seorang sahaja dan RM79 seorang untuk kanak-kanak.

Atau nikmati bufet minum petang Krismas di tempat yang sama pada harga RM118 seorang untuk dewasa dan RM59 seorang untuk kanak-kanak.

assorted-dessert

Untuk keterangan lanjut hubungi 03 -7681 1157 atau e-mel cinnamon@oneworldhotel.com.my

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!