88701

Sajian Halal dan Penginapan Menakjubkan di Marina Mandarin - Suria FM - Segalanya Hiburan

Tersergam indah di kawasan Marina Bay Singapura, hotel Marina Mandarin merupakan sebuah hotel lima bintang yang menawarkan perkhidmatan terbaik buat para tamunya. Sebagai salah satu hotel persendirian tersohor di negara tersebut, Marina Mandarin berjaya membuktikan yang mereka mampu mewujudkan suasana terbaik dan selesa buat setiap pengunjungnya.

Terletak tidak jauh daripada pusat bandaraya Singapura, hotel ini mudah ditujui kerana berada berdekatan dengan stesen MRT Esplanade . Cuma beberapa langkah sahaja dari stesen MRT tadi sudah cukup untuk sampai ke perkarangan pintu masuk hotel. Diperhebatkan lagi dengan rekaan bangunan hotelnya yang sangat unik, pasti ramai yang tidak akan melepaskan pandangan dari senireka bentuk hotel berprestij ini. Dari jauh lagi sudah kelihatan jendela-jendela kaca serta lengkungan di bahagian tengah menara hotel ini.

Dengan 575 bilik yang dihias secara mewah dan eksklusif, hotel ini turut menawarkan pemandangan pelabuhan serta bandaraya Singapura dengan penuh gah.

Seperti kebanyakan hotel yang mempunyai bilik-bilik tingkat kelab dan premier, para tetamu di bilik-bilik tersebut juga mempunyai kemudahan untuk melakukan daftar masuk dan keluar peribadi (personalised check-in and check -out) selain lounge khas buat sarapan dan juga koktel petang. Bilik-biliknya dihias mengikut gaya senireka dalaman terkini dan mempunyai kemudahan wi-fi buat tamu yang ingin melayari internet.

Hotel ini juga mempunyai sebuah gimnasium, sebuah kolam renang dan juga sebuah spa bernama Estheva untuk beriadah dan menenangkan diri. Terdapat juga ruangan khas buat kanak-kanak bermain bernama Play 4 Fun.

Ini diserikan lagi dengan beberapa tempat untuk menjamu selera seperti Peach Blossoms dan paling istimewa Restoran Aquamarine yang menyajikan makanan yang disahkan Halal. Tidak ketinggalan Cafe Mocha dan Atrium Lounge bagi yang ingin menikmati minuman sambil bersantai. Untuk hidangan Jepun cubalah Sushi Jiro atau Ruth’s Chris Steak House buat sajian ala barat.

Ia juga mempunyai bilik-bilik khas buat mesyuarat serta seminar dan juga dewan utama untuk mengadakan majlis besar-besaran seperti perkahwinan, pameran dan seumpamanya. Terdapat juga pusat membeli-belah Marina Square di sebelah hotel buat mereka yang mencari kemudahan serta barangan yang disebutkan tadi.

Sekiranya anda tercari-cari hotel yang bagus dan menawarkan perkhidmatan terbaik di samping lokasi yang sangat strategik, singgahlah di Marina Mandarin di Singapura kerana ia benar-benar kemewahan yang mudah dikecapi!

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!