whatsapp-image-2017-08-28-at-10-42-06-am-1

Buat yang pernah ke Vietnam pasti pernah berpeluang mencuba makanan mereka yang banyak berunsur sup selain daging. Malah banyak juga yang kaya dengan sayuran serta bijirin dan ini bererti makanan mereka mengandungi khasiat yang tinggi.

supersaigon3

Kini di bawah payung syarikat yang sama-sama mengendalikan La Juiceria, Super Saigon tampil dengan interpreatsi sajian Vietnamnya tersendiri di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur . Dengan senireka dalaman dan suasana yang lebih kontemporari, restoran ini menghidangkan menu asli Vietnam dengan ramuan yang halal dan pasti disukai penduduk setempat.

supersaigoninterior

Maklum sahajalah, di Vietnam memang tidak mudah untuk mendapatkan makanan tempatan asli yang halal dan di Malaysia juga tidak banyak restoran Vietnam yang menggunakan daging halal. Jadi kehadiran Super Saigon di sini memang sangat dialu-alukan. Ini kerana semua daging disahkan halal bagi kemudahan penduduk majoriti yang beragama Islam.

whatsapp-image-2017-08-28-at-10-42-06-am

Semestinya menu utama adalah Mi Sup tradisional mereka yang dikenali sebagai ‘Pho’ yang kaya dengan kuah sup, popiah rangup dan sanwic Vietnam yang dipanggil Banh Mi. Setiap sajian datang dalam hidangan yang agak besar dan boleh dikongsi sesama pelanggan. Dengan cara ini lebbih banyak makanan yang dapat dicuba.

supersaigon2

Selain makanan yang lazat Vietnam juga terkenal dengan kopinya dan di sini Kopi Susu asli Vietnam turut menjadi salah satu pilihan ramai di samping, Avocado smoothie, pencuci mulut dan juga pilihan teh premium lain.

supersaigon4

Warna biru dan putih juga menjadi warna tema restoran ini yang terilham dari rona-rona Asia dan Mykonos, di Yunani. Tempat duduk juga tersedia di luar dan di dalam restoran ini untuk memenuhi kehendak peminat yang berbeza-beza.

Super Saigon juga sedang dalam perancangan untuk memperluaskan cawangannya ke kawasan Sri Hartamas.

Untuk maklumat lanjut hubungi 03 – 77328874 atau lawati https://www.facebook.com/SuperSaigonMY/

 

Untuk lebih banyak ulasan tempat makan lazat dan perihal selera lain klik di sini

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!