73248

Sajian Buka Puasa Unik Gabungan Melayu dan Jepun di Babe Restaurant - Suria FM - Segalanya Hiburan

 

babes-festive-menu-food-spread

Dalam banyak-banyak menu sajian berbuka puasa di sekitar Lembah Kelang tahun ini, juadah yang dihidangkan di Restoran Babe Jalan Changkat Semantan, mungkin menu paling unik pernah Suria temui.

foiegras-and-jackfruit

Diterajui oleh Chef Jeff Ramsey yang pernah meraih bintang Michelin kala bertugas di Mandarin Oriental Tokyo, Restoran Babe menawarkan sajian hasil gabungan masakan Jepun dan tempatan untuk mereka yang inginkan sedikit kemewahan serta keunikan dalam berbuka puasa.

onsen-chowder-warm

Menu yang terdiri daripada 12 hidangan lazat ini memaparkan Foie Gras bakar halal yang diimport berserta dengan nangka dan coklat Kabayaki berempah , Kuah Onsen Suam yang merupakan gabungan Mousse Kentang dengan kelapa, telur separuh masak serta daun kucai.

 

laksa-injection-canapemanga-crab

Ini diikuti dengan kanape-kanape kecil berperisa laksa yang dimasukkan ke dalam tiub picagari mini, Sfera Mangga dan Kari, Terrine Ayam Garing yang dimasak gaya Char Siu berserta sosnya, Ikan Keli Kabayaki Panggang dengan avokado, serta Aiskrim Udang dan daun kari yang sangat unik tapi berperisa.

marinated-roast-kabayaki-ikan-keliprawn-and-curry-leaf-ice-creamwhatsapp-image-2017-05-31-at-12-41-48-pm

Keenakan berterusan dengan Ketam Manga yang diinspirasi dari komik animasi Manga Jepun, di mana ketam bercangkerang lembut digoreng garing dengan sos ketumbar, Ketam Donburi dengan Sambal dan nasi, Ayam Percik Salai, Daging Lembu dengan sambal Jepun dan akhir sekali pencuci mulut telur ‘dinasaur’  berupa dadih yang digabungkan dengan daun kaduk, sarang burung dan juga buah-buahan tropikal.

whatsapp-image-2017-05-31-at-11-27-29-amwhatsapp-image-2017-05-31-at-11-28-51-amonsen-chowder-warm

Ini merupakan sebahagian sahaja hidangan istimewa di restoran ini. Sebenarnya terdapat banyak lagi sajian unik lain di Babe yang boleh anda cuba. Lebih menarik lagi, pemandangan keseluruhan pencakar langit Kuala Lumpur dapat anda nikmati dari sini sambil menjamu selera.

 

smoked-chicken-percikwhatsapp-image-2017-05-31-at-12-44-32-pm

Tawaran menu ini bermula 26 Mei dan berakhir 30 Jun. Untuk keterangan lanjut layari babe.com.my

deck-01

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!