73257

Salam Ramadhan Restoran Rebung Chef Ismail - Suria FM - Segalanya Hiburan

whatsapp-image-2017-06-13-at-10-46-41-am

Kemeriahan buffet Ramadan berterusan sepanjang bulan ini dengan pelbagai tawaran menarik yang disajikan restoran dan kafe seluruh Malaysia. Tidak terkecuali menghidangkan aneka juadah yang lazat untuk berbuka puasa adalah restoran popular, Rebung milik tukang masak tersohor Chef Ismail.

whatsapp-image-2017-06-13-at-10-46-08-am-5

Restoran Rebung yang kini terletak di Jalan Tanglin di kawasan Taman Botani Perdana mempunyai ruang yang lebih luas selain daripada tempat letak kereta yang lebih besar dan banyak. Ini memudahkan para tamu untuk meletakkan kereta.

whatsapp-image-2017-06-13-at-10-46-08-am-6

Menyajikan ajnas hidangan lazat berasaskan masakan tradisional Melayu, Rebung sama sekali tidak pernah menghampakan para pelanggannya. Malah kru Suria sempat berkunjung ke situ untuk berbuka puasa dan mencuba beberapa sajian serta lauk-pauk yang telah disediakan.

whatsapp-image-2017-06-13-at-10-46-08-am-2

Antara yang menjadi pilihan kami sewaktu berkunjung adalah terung pipit goreng, asam pedas ikan pari, ikan keli salai masak lemak, siput sedut, ikan kerisi goreng dan banyak lagi.

whatsapp-image-2017-06-13-at-10-46-08-am-3

Tidak dilupakan juga adalah kuih-muihnya yang enak berserta gorengan seperti goreng pisang, ubi dan lain-lain. Minumannya juga memenuhi jangkaan kami kala mencuba air Katira serta Limau dan Asam Jawa yang menyegarkan.

whatsapp-image-2017-06-13-at-10-46-08-am-4

Namun apa yang lebih istimewa tentang buffet Ramadan ini adalah harganya yang sangat berpatutan dan tidak terlalu mahal iaitu sekitar RM79.50 seorang untuk dewasa, dan RM53.00 seorang untuk kanak-kanak.

Untuk tempahan bolehlah hubungi talian 03-22763535

Untuk lebih banyak pilihan menjamu selera klik di sini.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!