85382

Sana Sini Sydney! - Suria FM - Segalanya Hiburan

20170920_163717

Bercuti ke luar negara merupakan salah satu perkara yang sangat diidamkan oleh ramai orang. Malah ramai berpendapat, lebih jauh lebih seronok namun untuk pergi lebih jauh, perbelanjaannya biasanya lebih besar. Ramai yang teringin ke Eropah dan melihat cara hidup ‘Orang Putih’.

20170917_153237

Andai ada keinginan sedemikian tapi tidak mahu mengeluarkan perbelanjaan yang terlalu besar, janganlah gusar. Ada alternatif lain yang lebih dekat dan tidak semahal Eropah atau Amerika. Dan negara yang dimaksudkan adalah Australia.

20170918_142144

Australia sebuah negara yang cantik dan mempunyai antara flora dan fauna paling unik di muka bumi. Seperti diketahui umum, Kangaru dan Koala hanya wujud di negara ini, jadi jika ingin melihat kedua-dua haiwan ini, haruslah berkunjung ke Australia. Ia juga salah satu bandaraya paling popular di rantau Asia Pasifik dan juga dunia sejagat.

20170916_155602

Bagi yang yang baru pertama kali ke Sydney, anda boleh memulakan penjelajahan paling mudah dan cepat dengan menaiki The Big Bus (Hop- On Hop-Off Tour). Persis bas Hop-On dan Hop-Off di Kuala Lumpur, bas ini memberikan perkhidmatan lawatan pelancongan ke seluruh kawasan utama Sydney serta persekitarannya. Ini termasuklah kawasan pusat dan juga pantai Bondi yang sering menjadi tumpuan orang ramai. Anda dapat menikmati keindahan kota Sydney sewaktu duduk di bahagian atas bas sambal diulit bayu yang meniup.

20170917_153739

Bas ini bukan sahaja melalui tempat-tempat tersohor Sydney tetapi juga turut berhenti di setiap lokasi bagi para pelancong yang ingin menjelajah serta melihat dengan lebih mendalam. Harganya juga tidak terlalu mahal dan merupakan pilihan terbaik untuk mereka yang ingin melawat Sydney dalam sepintas lalu.

20170917_153638

Berbicara tentang tempat-tempat tersohor, salah satu tempat yang harus dikunjungi di pusat kota Sydney adalah jambatan Harbour atau lebih dikenali sebagai Sydney Harbour Bridge. Jambatan yang terletak di Pelabuhan Sydney ini juga sudah menjadi lambang kota Sydney dan merupakan lokasi sambutan tahun baru paling popular di Australia. Setiap tahun baru, percikan bunga api dapat dilihat memenuhi langit malam di jambatan ini. Dan ia memang indah di waktu senja.

20170916_123818

Lebih menarik, jambatan ini juga boleh dipanjat atau didaki. Sejak tahun 1998, Jambatan Harbour memulakan ‘Harbour Bridge Climb’ atau Pendakian Jambatan Harbour kepada orang awam termasuk penduduk tempatan serta para pelancong asing. Walaupun ia digelar satu pendakian, namun ia tidak memerlukan anda untuk memanjat atau mendaki seperti di gunung atau bukit. Para pendaki hanya perlu melewati ratusan anak tangga untuk mencapai puncak jambatan di tengah. Terdapat beberapa pilihan pendakian mengikut tahap yang mampu dilalui para pengunjung.

20170920_163457

Ini kerana pemandangan yang dapat dinikmati di atas sana memang sukar diungkap dengan kata-kata. Seluruh kota Sydney dapat disaksikan termsuklah satu lagi bangunan ikonik Sydney iaitu Rumah Opera Sydney atau Sydney Opera House.

whatsapp-image-2018-01-26-at-7-23-17-pm

Sydney Opera House pula merupakan salah satu gedung tersohor Australia dan juga dunia. Bentuk bumbung uniknya yang mirip cangkerang, menjadikannya sebuah hasil senibina yang mengagumkan. Buat yang ingin tahu lebih lanjut, bolehlah mengikuti lawatan Sydney Opera House, di mana pengunjung yang menyertai diberi kesempatan untuk melihat apa yang ada di dalam bangunan popular ini. Malah para pengunjung turut berpeluang mempelajari cara-cara pertunjukan dianjurkan. Ini termasuklah melihat teknik-teknik pementasan dan juga penggarpan tatabusana serta kostum yang diguna pakai untuk persembahan. Lebih mengasyikkan kalau dapat menyaksikan salah satu persembahan pentas yang dianjurkan sewaktu berada di situ. Dan sudah tentu jangan lupa untuk mengambil gambar dengan latarbelakang bangunan ini.

20170919_100708

Untuk yang ingin mencari kelainan, boleh cuba menyertai ‘Whale-Watching Cruise’ atau Pelayaran Melihat Paus bersama Fantasea Cruising. Ini benar-benar satu pengalaman unik yang jarang ditemui di kota-kota lain dunia. Lewat pengalaman ini, para pengunjung berpeluang meilhat paus secara dekat di lautan biru beberapa kilometer dari pelabuhan Sydney. Ini berkat lautan Sydney yang juga laluan penghijrahan paus setiap tahun. Agak menakjubkan juga bila dapat melihat paus-paus ini naik ke permukaan samudera untuk bernafas. Malah jika anda bertuah anda mungkin dapat menyaksikan paus meloncat naik dan terjun semula ke dalam laut sambal diiringi percikan air yang banyak. Ada juga pelayaran yang lengkap dengan makan malam romantis, mengikut pakej yang dipilih.

20170916_102949

20170916_102635

Satu lagi destinasi wajib kunjung adalah Sydney Fish Market atau Pasar Ikan Sydney. Sungguhpun begitu, ia bukanlah pasar ikan biasa. Selain dijaga kebersihannya dengan rapi, pasar ini juga menjadi tumpuan mereka yang ingin menjamu selera dan mencuba makanan laut segar (yang dijual di situ). Terdapat ikan serta beraneka makanan laut yang digoreng dan dibakar untuk membuka selera pengunjung. Bukan sahaja sangat lazat tetapi setiap hidangan disediakan dengan mudah dan cepat. Jadi para pelanggan tidak perlu menunggu lama untuk menjamah makanan yang dipesan.Makanan halal juga mudah diperolehi di Sydney kerana terdapat banyak restoran halal di seluruh bandaraya ini. Dan ini semua baru sedikit sahaja tempat-tempat menarik yang ada di Sydney. Jika ingin melihat lebih banyak tempat-tempat menarikuntuk berbulan madu, terbanglah ke Sydney, anda pasti tidak akan menyesal!

20170920_165311

20170919_152602

20170919_145517

Terdapat banyak pilihan penginapan buat yang berkunjung ke Sydney. Buat yang mampu dan inginkan kemewahan, hotel The Darling yang terletak di Darling Harbour merupakan pilihan yang sesuai. Malah menurut senarai Forbes Travellers, ia merupakan salah satu hartanah lima bintang terbaik di dunia. Jadi ia bukanlah calang-calang penginapan. Malah restorannya yang bernama Sokyo juga adalah salah satu restoran Jepun paling popular di Sydney.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!