91547

“Saya Bukan Pondan ” – Beby Maembong - Suria FM - Segalanya Hiburan

Minggu lalu SURIA pernah siarkan kisah duyung secekak yang terdampar di Pantai Remis. Kisah itu bukan sahaja tular bahkan jantina wanita dikenali sebagai Beby Maembong itu, menjadi pertikaian netizen yang menuduhnya pondan.

Walhal, Beby Maembong yang juga kakak kepada seorang aktres popular, sudah pun menjelaskan statusnya sebagai ibu beranak empat.

Malah ada antara netizen yang mengecam pengusaha bengkung Slimdollz itu kerana menyokong Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT).

Entahlah saya pun tak faham apa masalah netizen ini. Dari dulu lagi mereka tidak percayakan yang saya ini seorang wanita.

“Bukan sekadar wanita tapi isteri dan ibu kepada empat orang cahaya mata. Anak kandung ya bukan anak angkat!

“Tak tahulah tang mana yang dikatakan pondan? Nak kata ada halkum, sila periksa memang tak ada!

“Adakah kerana sebahagian sahabat saya, golongan lelaki lembut sehinggakan mereka tidak boleh membezakan bahawa saya ini wanita?,” ujar Beby.

Ditanya, apakah kebarangkalian penampilan dramatiknya sebagai duyung membuatkan netizen keliru status jantinanya, Beby Maembong atau nama sebenarnya, Nurulaini Ismail, 29, berkata, solekan sebegitu hanya dilakukan untuk tujuan fotografi saja.

Bersolek tebal adalah perkara biasa lebih-lebih untuk tujuan fotografi atau penggambaran. Bagaimanapun penampilan seharian saya rasanya tidaklah mengenakan solekan yang keterlaluan.

 

“Kadang bila orang perempuan cuba menjaga penampilan wajah dan tubuh badan mereka, ada pula yang menganggap pondan kononnya terlalu sempurna atau erti kata lain bikin body!

View this post on Instagram

[KERENGGA LENTIK] Meh beby kongsi ngam korg mcm mana i dapat pinggang kerengga and perut kempis walaupun anak dah 4 gituw. . Semestinya @slimdollz_hq.. U ols kalau pernah tgok beby sebelum ni.. 🤦‍♀️🤦‍♀️🤦‍♀️ menangissss ooiii… Pinggang 32-33inci… Berat 76kg masa tu.. Biasa la mak anak 4.. Mesti la kembang semangkuk kan.. Tapi seriously tqvm @slimdollz_hq sbb dah men-transformasikan diri saya 360darjah… Skrg pinggan 23inci dan berat 52kg je. . Saya mmg betul betul jatuh cinta dengan bengkung kerengga Slimdollz and sauna belt… Korg cuba sekali.. Confirm suka berkali kali. . SEKARANG SLIMDOLLZ TENGAH SALE AND SIAP ADA FREEGIFT LAGI TUUUUU. . JOM KE WEBSITE WWW.SLIMDOLLZ.COM . Atau bole contact agent agent di bawah. . . #mermaidhair #bengkungbersalin #redhair #tiktokers #tiktok #BebyMaembong #SlimDollz #redhairdontcare #redhair #coachingagent #BengkungBebyMaembong #bengkung #bengkungmoden #bengkungmurah #skincare #slimming #positif #aurapositif #redhair #SlimDollz #tiktokmalaysia #tiktoker #Mermaid #MermaidIsReal #mermaidhair #redhairdontcare #redhaircolor

A post shared by Mermaid Malaysia Slimdollz_hq™ (@beby_maembong) on

“Saya maafkan mereka (netizen) semua. Biar sejuta kali pun saya membuat penafian bahawa saya bukan pondan, tapi kalau negativiti sudah tertanam di minda mereka, begitulah tanggapan mereka selamanya. Jadi biarkanlah!,” katanya.

Aduh netizen ni! Tak pasal-pasal nak tuduh Beby Maembong ni pondan pulak. Dia wanita tulen tau! Mempunyai suami dan anak yang ramai lagi! Jangan terkeliru dengan pondan-pondan di luar sana okay.

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!