73251

Segak Bergaya Persis Zaquan Adha Dengan Masquline By Zaquan - Suria FM - Segalanya Hiburan

Pemain bolak sepak negara yang juga merupakan suami kepada aktres Ayu Raudhah telah mengeluarkan koleksi baju melayu di bawah jenama Masquline By Zaquan.

screen-shot-2017-06-06-at-11-00-08-am

Masquline By Zaquan adalah produk pertama kepunyaan jejaka kacak ini yang sudah lama mengidamkan untuk mempunyai koleksi baju melayunya sendiri.

 

Hadir dalam 19 warna kesemuanya, baju melayu yang bercirikan potongan ‘fit’ atau muat mengikut badan ini dihasilkan dalam dua jenis rekaan iaitu cekak musang dan teluk belanga.

 

screen-shot-2017-06-06-at-10-56-26-amscreen-shot-2017-06-06-at-11-00-21-am

Menurut Zaquan, perbezaan baju melayu ini dengan jenama lain adalah potongannya yang muat mengikut badan’ serta tiada pesak. Selain itu, baju melayu ini juga mempunyai zip di bahagian tepi.

Poketnya juga terletak di bahagian dalam serta potongan di bahagian belakang menyerlahkan susuk tubuh si pemakai.

 

screen-shot-2017-06-06-at-11-06-19-amscreen-shot-2017-06-06-at-11-06-45-am

“Ciri-ciri baju melayu ini adalah berdasarkan apa yang saya suka. Saya suka yang kemas dan potongan mengikut bentuk badan”, jelasnya.

Kata Zaquan sejak mereka memuatnaik gambar awal di Instagram, orang ramai sudah menunjukkan minat untuk membeli baju melayu tersebut.

screen-shot-2017-06-06-at-11-08-59-amscreen-shot-2017-06-06-at-10-54-55-am

Menggunakan fabrik ‘paloma crepe’ baju melayu Masquline By Zaquan ini pasti membuatkan anda kelihatan kacak bergaya di hari Raya.

Dijual dengan harga RM199 sepasang, baju melayu ini hadir dalam tiga saiz kesemuanya iaitu M,L dan XL.

screen-shot-2017-06-06-at-10-54-30-amBagi anda yang ingin mendapatkan baju melayu ini, bolehlah lawati laman Instagram rasmi @Masquline_Zaquan atau membeli secara atas talian menerusi aplikasi Whatsapp di 0178787472.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!