87345

Segalanya Ada Di Buffet Ramadan Hotel Sunway Putra Kuala Lumpur - Suria FM - Segalanya Hiburan

Bagi anda yang masih lagi tercari-cari di mana lokasi untuk berbuka puasa yang menyajikan pelbagai variasi makanan yang lazat, apa kata ada cuba Buffet Ramadan di Hotel Sunway Putra Kuala Lumpur.

Di sini lebih dari 100 jenis makanan yang disediakan untuk memenuhi kehendak selera tekak anda. Daripada sajian autentik Melayu, Asia hinggalah hidangan barat.

Menjengah ke bahagian pembuka selera juga sudah mula membangkitkan selera anda. Pelbagai variasi kerabu dan juga salad pasti membuatkan anda tidak keruan mahu mencuba semuanya.

Bagi anda yang gemarkan masakan Melayu, jangan lepaskan peluang untuk menikmati juadah yang disediakan oleh Chef Rossham seperti Daging Masak Lemak Cili Api, Ikan Patin Masak Tempoyak, Udang bersama Belimbing Buloh, Kari Kepala Ikan Salmon, Laksa Utara dan banyak lagi. Paling menarik hati pastinya sup Gear Box dan juga Kambing panggang yang telah memenangi anugerah antarabangsa di Thailand ini.

Salah satu tarikan untuk berbuka puasa di sini ialah, terdapat sajian makanan Jepun iaitu Sushi. Pelbagai jenis Sushi disediakan untuk memenuhi citarasa anda.

Beralih ke bahagian manisan pula, anda pasti rambang mata melibat pelbagai jenis kuih muih tradisional Melayu yang berwarna warni. Selain itu terdapat juga hidangan seperto puding roti, cucur dan pelbagai jenis kek dan puding untuk anda pilih.

Kesimpulannya memang tidak rugi jika anda mencuba untuk berbuka puasa disini. Selain manawarkan pelbagai juadah lazat, lokasinya juga strategik. Jika malas mahu bersesak di dalam kesesakan lalu lintas, naik sahaja LRT ke sini.

 

Harga untuk dewasa ialah RM128 seoang manakala untuk kanak-kanak pula RM164. Jika anda datang berkumpulan minimum 30 orang, anda akan dapat harga istimewa iaitu RM108 seorang.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!