73296

Selayang Pandang Kota Palembang - Suria FM - Segalanya Hiburan
whatsapp-image-2017-08-18-at-4-40-06-pm-8
Jambatan Ampera (Jambatan Amanat Penderitaan Rakyat)

Barangkali ramai rakyat Malaysia terlupa dan tidak menyedari bahawa Indonesia sebenarnya sebuah negara yang sangat besar dan luas. Selain tanah Jawa, bahagian Indonesia yang sangat dekat dengan Malaysia adalah Sumatera, dan di Sumatera sebenarnya terdapat banyak destinasi-destinasi pelancongan yang menarik.

whatsapp-image-2017-08-18-at-4-44-24-pm
Pemandangan Kota Palembang

Antaranya adalah kota terbesar di Sumatera Selatan iaitu Palembang. Sekali terdengar nama Palembang, pasti ramai yang terimbas kembali zaman sekolah kala mempelajari sejarah Malaysia. Jika anda masih ingat, Palembang adalah tempat asal Raja Paramesawara yang kemudian berhijrah ke Tanah Melayu dan menjadi pemangkin kerajaan agung Melaka.

20170728_085349
Pemandangan Kota Palembang dari Pesawat

Biarpun kisah sejarah itu sudah lama berlalu, peninggalan zaman silam dari era tersebut masih ada kelihatan di beberapa tempat. Dan kini Palembang tampil sebagai salah satu bandaraya Indonesia yang berkembang pesat dengan kemajuan.

whatsapp-image-2017-08-18-at-4-40-06-pm-5
Patung Dewa Ganesha peninggalan sejarah di salah sebuah muzium Palembang

Sebaik sahaja tiba di lapangan terbang antarabangsa Sultan Mahmud Badaruddin II di Palembang, pengunjung akan dapat melihat landasan Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) yang hampir siap dibina di sebelah terminal lapangan terbang. Ya, Palembang bakal mempunyai tren LRTnya sendiri sebelum mana-mana bandar besar lain di Indonesia. Ini kerana mereka sebenarnya bandar yang terkenal dengan acara-acara sukan terbesar Indonesia. Malah, mereka bakal menjadi tuan rumah untuk temasya Sukan Asia 2018 nanti. Oleh kerana itu, kerajaan tempatan telah memperuntukkan perbelanjaan yang besar buat infrastruktur mereka.

whatsapp-image-2017-08-18-at-4-40-08-pm-6
Salah sebuah masjid terapung di Sungai Musi

Ini juga akan memudahkan rakyat tempatan serta pelancong untuk bergerak ke seluruh kawasan pusat Palembang. Ini kerana terdapat banyak tempat-tempat menarik yang menjadi ikon kota tersebut. Yang paling dikenali adalah Jambatan Amanat Penderitaan Rakyat atau Jambatan Ampera. Ia merupakan satu binaan gah yang menghubungkan kawasan Seberang Ulu dan Seberang Ilir dan dipisahkan oleh Sungai Musi.

whatsapp-image-2017-08-18-at-4-40-06-pm-6
Monumen Perjuangan Rakyat (MONPERA)

Untuk pemandangan jambatan tersebut dari tempat yang lebih tinggi, para pengunjung boleh singgah ke Monumen Perjuangan Rakyat yang lebih dikenali sebagai Monpera. Di dalam monumen ini tersimpan beberapa artifak dan informasi tentang sejarah Palembang. Dan di tingkat bumbung paling atas pula, pengunjung dapat meilhat sebahagian besar kota Palembang serta jambatan Ampera.

whatsapp-image-2017-08-18-at-4-40-06-pm-2
Masjid Agung Palembang

Tidak jauh dari situ juga adalah Masjid Agung Palembang. Ia adalah masjid terbesar kota itu yang sering dikunjungi oleh umat Islam untuk menunaikan solat. Masjid ini dipengaruhi oleh gaya senibina Indonesia, China dan Eropah. Ia didirikan pada abad ke-18 oleh Sultan Mahmud Badaruddin I Jaya Wikrama.

whatsapp-image-2017-08-18-at-4-40-08-pm-3
Masjid Cheng Ho

Terdapat juga sebuah masjid yang dibina oleh komuniti Islam Cina Palembang di kawasan Jakabaring yang dikenali sebagai Masjid Cheng Ho, bersempena dengan nama Laksamana  Cina Cheng Ho yang pernah meneroka bumi Indonesia dan Tanah Melayu ratusan tahun dahulu.

whatsapp-image-2017-08-18-at-4-40-08-pm-8

whatsapp-image-2017-08-18-at-4-40-08-pm-2
Kawasan Perkampungan Arab Al-Munawar

Palembang juga mempunyai beberapa komuniti Arab kecil yang menetap di Sumatera selama beberapa generasi. Malah, terdapat sebuah perkampungan Arab yang dikenali sebagai Al-Munawar yang kini menjadi salah satu tarikan pelancong kerana senireka kampungnya yang unik.

Penduduk di kawasan perkampungan Al-Munawar ini berasal dari Yemen dan berkahwin sesama komuniti mereka. Namun ahli keluarga lelaki mereka yang berkahwin dengan orang luar harus membawa isteri mereka tinggal bersama di kampung tersebut, manakala ahli keluarga wanita mereka yang berkahwin dengan lelaki luar tidak boleh menetap di kampung itu lagi.

whatsapp-image-2017-08-18-at-4-40-07-pm-6

whatsapp-image-2017-08-18-at-4-40-07-pm-7

whatsapp-image-2017-08-18-at-4-40-07-pm-5
Kawasan Pasar 16 Ilir

Tidak terlalu jauh dari kampung tersebut berdekatan kawasan pelabuhan Palembang pula adalah salah satu pasar terkenal Palembang iaitu Pasar 16 Ilir. Seperti kebanyakan kota-kota besar Indonesia yang lain, pasti ada pasar besar yang menjual aneka barangan dari pakaian sehinggalah makanan. Dan di sini, suasana riuh-rendah kawasan pasar begitu meriah dengan laungan para penjual serta penjaja sehingga melimpah ke kawasan luar. Lebih menarik bangunan-bangunan sekitar pasar dicat dengan begitu unik dan berwarna-warni.

whatsapp-image-2017-08-18-at-4-44-24-pm-6

whatsapp-image-2017-08-18-at-4-44-24-pm-8
Tokong Cina di Pulau Kemaro

Selain itu, terdapat juga sebuah pulau kecil yang dikenali sebagai Pulau Kemaro di Palembang. Pulau ini menempatkan tokong Cina dan sebuah pagoda yang sering dikunjungi oleh penganut agama Tionghua. Ia juga merupakan sebuah lokasi cantik untuk mengambil gambar. Untuk ke sana, para pengunjung harus menaiki bot atau perahu. Namun perjalanan menggunakan bot laju agak berbeza kerana penumpang bot mungkin akan terasa lantunan gara-gara kecepatan bot di atas air.

whatsapp-image-2017-08-18-at-4-40-08-pm-5
Bot Laju di Sungai Musi

Berdekatan kawasan menaiki bot pula di tepi pelabuhan terdapat beberapa restoran perahu atau rumah makan terapung. Mereka menyajikan masakan tradisional seperti Pindang, masakan khas berasaskan ikan yang dihidangkan dengan nasi. Selain rasa makanannya yang enak, suasananya juga unik dan menyenangkan.

whatsapp-image-2017-08-19-at-4-34-45-pmwhatsapp-image-2017-08-18-at-4-40-07-pm

whatsapp-image-2017-08-18-at-4-40-07-pm-2

whatsapp-image-2017-08-18-at-4-40-07-pm-1

whatsapp-image-2017-08-18-at-4-40-07-pm-3
Restoran Terapung yang Menjual Pindang

Satu lagi makanan khas Palembang adalah Pempek yang secara umumnya merupakan gabungan tepung dan ikan (namun ada juga yang menggunakan ramuan lain seperti telur dan sayuran). Ia biasanya digoreng dan dihidangkan dengan cuka khas sebagai pencecah.

whatsapp-image-2017-08-18-at-4-40-06-pm

whatsapp-image-2017-08-18-at-4-40-06-pm-1

whatsapp-image-2017-08-18-at-4-42-11-pm-5
Makanan Khas Palembang : Pempek

Untuk mencuba lebih banyak makanan Palembang, pengunjung boleh meneroka kawasan kota Palembang yang tidak kurang menariknya. Terdapat banyak pusat membeli-belah selain kawasan-kawasan restoran yang unik. Antaranya adalah Logo House dan juga Pasar Lenggok.

whatsapp-image-2017-08-19-at-4-16-49-pm

whatsapp-image-2017-08-18-at-4-42-12-pm
Songket Palembang

Palembang juga terkenal dengan songket mereka yang cantik dan boleh dijadikan oleh-oleh yang menarik untuk dibawa pulang.

whatsapp-image-2017-08-18-at-4-40-09-pm-1

whatsapp-image-2017-08-18-at-4-40-09-pm-2
Antara hiburan jalanan Sudirman Walk

Salah satu tempat lain yang popular adalah daerah Jenderal Sudirman Walk. Di hujung minggu, pada waktu malam kawasan ini dipenuhi dengan aneka penghibur jalanan. Dari penari, penyanyi sehinggalah pemilik ular, semuanya turut serta menunjukkan bakat masing-masing. Sudah pasti, kelihatan ramai anak muda Palembang yang mengerumuni tempat ini kerana kemeriahannya.

whatsapp-image-2017-08-18-at-4-40-09-pm
Pemuzik Jalanan Sudirman Walk

Bagi yang inginkan suasana alam sekitar pula dan tidak mahu keluar dari pusat kota, bolehlah singgah ke Taman Wisata Alam Punti Kayu. Tempatnya ringkas tapi ada beberapa aktiviti menarik yang boleh dilakukan seperti jambatan gantung, ‘flying fox’, dan juga kawasan perkelahan. Tempat ini juga sering dijadikan lokasi untuk penggambaran pra-perkahwinan.

whatsapp-image-2017-08-18-at-4-40-08-pm-9
Rumah Limas : Rumah Tradisional golongan bangsawan Palembang kuno

Untuk sedikit pengenalan budaya pula, Palembang juga mempunyai beberapa muzium yang menempatkan bangunan serta peninggalan sejarah purba mereka. Ini termasuklah Muzium Balaputera Dewa  yang menempatkan Rumah Limas, iaitu contoh rumah tradisional Palembang.

whatsapp-image-2017-08-19-at-4-23-26-pm

Walau bagaimanapun, salah satu tarikan paling istimewa Palembang adalah Al-Quran gergasi yang terletak di Pondok Pesantren Al Ihsaniyah Gandus Palembang. Ia merupakan Al-Quran terbesar di dunia yang mempamerkan kesemua 30 juz ayat suci Al-Quran yang dipahat pada lembaran-lembaran kayu besar. Proses pembuatannya sendiri memakan waktu yang agak lama iaitu sekitar tujuh tahun.

whatsapp-image-2017-08-18-at-4-42-11-pm-2
Al-Quran gergasi Gandus

Soal penginapan pula tidak perlu dikhuatirkan, kerana terdapat banyak hotel-hotel yang menawarkan harga berpatutan. Di antaranya termasuklah Fave Hotel Palembang yang merupakan salah satu jenama di bawah syarikat hotel terkenal Indonesia, iaitu Aston. Fave Hotel merupakan sebuah hotel yang lengkap dengan pelbagai kemudahan dan menawarkan perkhidmatan yang sangat menyenangkan. Selain bilik yang  selesa, ia juga mempunyai kolam renang, gimnasium, restoran dan juga ruang serbaguna untuk pelbagai acara.

whatsapp-image-2017-08-19-at-9-42-59-pm

favepalembang_facilities_poolfavepalembang_gallery3

 

Dan ini sebenarnya baru sebahagian sahaja dari tarikan pelancong yang ada di Palembang. Kota ini sebenarnya mempunyai banyak tempat-tempat menarik lain yang boleh diterokai. Malah ia juga boleh dianggap kota yang sangat mesra-Instagram kerana sudut-sudut kotanya yang cantik dan sesuai untuk diabadikan dalam gambar.

whatsapp-image-2017-08-18-at-4-40-08-pm-11whatsapp-image-2017-08-18-at-4-40-08-pm-4whatsapp-image-2017-08-18-at-4-44-24-pm-1

Jadi kami sarankan kalau anda ingin bercuti dan tidak mahu pergi terlalu jauh tanpa perlu mengeluarkan wang yang banyak, Palembang mungkin destinasi yang sesuai buat anda!

 

Terima Kasih Encik Fandi Dari Pejabat Penguatkuasa Pelancongan Palembang serta pihak hotel Aston dan Fave Hotel Palembang.

 

Untuk lebih banyak cadangan destinasi-destinasi menarik, klik di sini.

 

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!