96283

Seleksi Drama Menarik Sempena Tahun Baru Cina Hanya Di Dimsum - Suria FM - Segalanya Hiburan

Sempena kedatangan Tahun Baru Cina, jangan ketinggalan untuk menyaksikan siri siar serentak baharu, Ming Dynasty. Istimewanya, siri ini menjadi platform kemunculan semula buat aktres berbakat besar, Tang Wei, selepas berehat daripada sebarang program televisyen selama 12 tahun.

Diadaptasi daripada novel popular dari China The Chronicle of the Six Eras, drama ini berkisarkan tentang kehidupan Maharani Sun Ruo Wei yang menempuhi fasa pemerintahan lima maharaja dan enam dinasti.

Ming Dynasty | Episod baharu setiap hari

Ming Dynasty mengisahkan tentang keluarga Sun Ruo Wei yang dibunuh Maharaja Yongle pada 1402. Bagaimanapun, Sun Ruo Wei terselamat daripada pembunuhan tersebut selepas dijadikan sebagai anak angkat oleh Sun Zhong secara rahsia. Dijadikan gundik putera mahkota, Zhu Zhan Ji, Sun Ruo Wei pada mulanya ingin mengetahui sebab utama pembunuhan keluarganya.   Namun, selepas memikirkan soal keselamatan, Sun Ruo Wei melupakan hasratnya itu. Tersentuh dengan kebaikan Zhu Zhan Ji, Sun Ruo Wei kemudiannya bertekad untuk menjadi permaisuri yang yang sentiasa menyokong maharajanya. Namun, selepas sedekad memerintah, Zhu Zhan Ji meninggal dunia. Sun Ruo Wei kemudiannya menaiki takhta pemeringtahan dan bergelar Maharani Dowager sementara puteranya yang berusia 7 tahun, Zhu Qi Zhen meningkat dewasa.

Pelakon: Tang Wei, Zhu Ya Wen, Lay Zhang

My Love From Another Star | 16 episod

Bagi yang menggemari drama bergenre fantasi, dimsum membawakan My Love From Another Star. Drama ini mengisahkan tentang seorang makhluk asing bernama Achira (Nadech Kugimiya) yang jatuh ke bumi ketika zaman Dinasti Joseon pada 1609. Gagal pulang ke planetnya kerana menyelamatkan seorang kanak-kanak perempuan, Achira terperangkap di bumi selama empat abad dan terpaksa bertukar identiti seiring masa berlalu.

Pelakon: Barry Nadech, Matt Peeranee

Happy Birthday | 13 episod

Bagi penggemar drama bergenre misteri, Happy Birthday membawakan kisah luar biasa seorang pemuda yang bernama Tonmai yang dilahirkan pada hari kakaknya, Tharnnam mengambil keputusan untuk membunuh diri. Ketika meraikan ulang tahun kelahiran ke-17, iaitu usia yang sama Thannam mencabut nyawanya sendiri, Tonmai dapat berhubung dengan roh kakaknya itu dan roh tersebut meminta pertolongan Tonmai untuk membalas dendam dan meminta maaf pada bekas kekasihnya.

Pelakon: Push Puttichai, Mild Lapassalan, Pluem Purim Rattanaruangwattana

 

Nakee | 11 episod

Kumkaew, seorang gadis cantik yang menetap di Baan Dorn Mai dilahirkan secara misteri. Tiada siapa yang tahu Kumkaew mempunyai kuasa ghaib, termasuklah dirinya sendiri. Tossapol, seorang pelajar arkeologi tersihir selepas melihat patung dewi Nakee secara tidak sengaja. Kemudian, Tossapol meninggalkan segala-galanya untuk berada di samping Nakee. Namun, cintanya terhadap wanita itu berhadapan dengan banyak halangan.

Pelakon: Ken Phupoom, Taew Natapohn

Blacklist | 12 episod

dimsum juga bakal menyajikan drama bersiri dari Thailand berjudul Blacklist. Mengangkat sekolah Akeanan sebagai subjek utama, penonton bakal menyaksikan rahsia-rahsia yang ada dalam kalangan pelajarnya iaitu Traffic, Andrew, Buntad, Title, Jimbe dan Highlight.

Pelakon: Nanon Korapat Kirdpan, Ohm Pawat Chittsawangdee, Chimon Wachirawit Ruangwiwat, Bank Preeti Barameeanant, Frank Thanatsaran Samthonglai

Dead Time Stories 2 | 13 episod

Di sebuah bandar bernama Chantanum, terdapat satu kepercayaan yang melarang orang awam untuk menceroboh sebuah hospital terbiar. Seorang pelajar kolej bernama Kan menghilangkan diri setelah menceroboh hospital tersebut. Apabila Kan muncul semula, dia mendakwa dirinya ialah Nathee, orang yang telah mati bertahun-tahun lalu. Sejurus selepas itu, bandar tersebut mula dilanda malapetaka.

Pelakon: Intira Jaroenpura, Apinya Sakuljaroensuk, Arachapirn Pokinpakorn, Akalavut Mankalasut, Paiboonkiat Kiewkaew, Anchalee Hassadeevichit

The Cupids | 59 episod

Mengisahkan tentang kejatuhan syarikat mencari jodoh Cupid Hut, pemiliknya, Peem menugaskan lapan gadis cantik yang merupakan kaki tangan Cupid Hut untuk mencari jodoh sebelum kedatangan Hari Valentine. Jika berhasil bertemu dengan teman lelaki, Peem akan memberikan bonus sebanyak 1 juta Thai Bhatt. Boleh distrim bermula 23 Januari 2020, The Cupids membariskan pelakon-pelakon popular seperti Toey Jarinpon Joonkiat, Boy Pakorn Chatborirak dan Nattapat Wipatcomtragoon.

OH!K – Partners for Justice S02 | 32 episod

Menerusi musim kedua, drama jenayah perubatan ini memaparkan kisah seorang saintis forensik dan pendakwa raya yang bekerjasama untuk menyelesaikan kes-kes yang sukar. Baek Beom, seorang doktor forensik dengan pengalaman selama 10 tahun, percaya bahawa tiada jenayah yang sempurna dan pasti meninggalkan jejak di belakang. Sementara itu, walaupun tidak mempunyai pengalaman, Eun Sol, seorang pendakwa raya raya percaya akan Baek Beom dan bekerjasama dengannya.

Pelakon: Jung Jae Young, Jung Yoo Mi, Oh Man Seok, No Min Woo

OH!K | Welcome 2 Life | 32 episod

Drama fantasi ini mengisahkan tentang seorang peguam egois yang membantu kliennya memanipulasi undang-undang. Selepas termasuk alam berlainan tanpa sengaja, dia mula menjalani kehidupan sebagai peguam yang jujur.

Pelakon: Ju Ji Hoon, Jin Se Yun, Kim Kang Woo, Kim Yoo Ri

OH!K | Item | 32 episod

Drama fantasi misteri yang diadaptasi daripada siri kartun ini  mengisahkan tentang seorang peguam bernama Kang Gon yang bekerjasama dengan pengesan jenayah, Shin So Young untuk menyiasat konspirasi di sebalik pelbagai barangan yang memiliki kuasa ghaib. Episod istimewa, Item Special yang memaparkan di sebalik tabir drama ini turut boleh distrim di dimsum.

Pelakon: Ju Ji Hoon, Jin Se Yun, Kim Kang Woo, Kim Yoo Ri

At Eighteen | 16 episod

Choi Joon Woo merupakan seorang remaja lelaki yang suka bersendiri. Apabila dia dipindahkan ke sekolah baharu, dia bertemu dengan pelajar bernama Yoo Soo Bin dan Ma Whi Young. Selepas berkenalan dengan Choi Joon Woo, mereka mula mengalami perubahan kecil dalam hidup. Bagi mereka, kehidupan sepanjang 18 tahun membawa memori terindah yang tidak mungkin dilupakan.

Sky Castle | 20 episod

Drama ini berkisar tentang kehidupan 4 suri rumah yang tinggall di kawasan kediaman mewah yang dikenali sebagai SKY Castle. Apabila salah seorang suri rumah tersebut bertindak membunuh diri dan sebuah keluarga kelas bawah berpindah ke kawasan kediaman tersebut, penghuni di SKY Castle dihujani rasa terkejut. Kebenaran di sebalik kejadian bunuh diri berkenaan akhirnya terbongkar.

Pelakon: Yum Jung Ah, Lee Tae Ran, Yoon Se Ah, Oh Na Ra and Kim Seo Hyung

 

Beautiful World | 16 episod

Siri ini berkisar tentang perjuangan pasangan suami isteri, Mu Jin dan In Ha yang menuntut pembelaan selepas anak lelaki mereka mengalami kecederaan parah di otak disebabkan satu insiden keganasan di sekolah. Selain itu, anak perempuan mereka turut mengambil inisiatif bagi mencari kebenaran tentang kejadian yang melanda keluarga mereka.

Pelakon: Park Hee Soon, Choo Ja Hyun, Oh Man Seok, Cho Yeo Jeong, Nam Da Reum and Kim Hwan Hee

 

Untuk maklumat lanjut, layari dimsum.asia, Facebook rasmi dimsum (@dimsum.asia) atau Instagram (@dimsumasia).

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!