73242

Selera Serantau di Capri by Fraser Kuala Lumpur Ramadan ini - Suria FM - Segalanya Hiburan

roasted-chicken-with-mushroom-sauce
Untuk bulan Ramadan ini Caprilicious di Capri by Fraser Kuala Lumpur bakal mempersembahkan sajian bertema Selera Serantau untuk hidangan berbuka puasa. Selera Serantau menggambarkan citarasa asli Asia Tenggara dan boleh dinikmati bermula 29 Mei ini sehingga 23 Jun 2017 dari jam 6.30 petang sampai 10 malam.

bihun-goreng-singapore

Selera Serantau akan memaparkan beberapa gerai masakan yang menyediakan gorengan, Kambing Panggang, Murtabak Ayam, Roti John dan juga Sate. Terdapat lebih 70 jenis juadah yang dihidangkan setiap hari, antara yang menjadi tumpuan adalah Pajeri Kedondong, Rebung Lemak dengan Udang, Ikan Patin masak Tempoyak, Nasi Daging Utara, Gulai Ikan Sepat masin Nenas, Asam Pedas Ekor Lembu, Opor Ayam, serta Perut Lemak cili api. Tidak dilupakan juga Ais Kacang serta Cendol sebagai pencuci mulut untuk melengkapkan selera.

sambal-udang-petai

Selera Serantau bermula pada harga RM98nett dan terdapat diskaun-diskaun tertentu untuk para pelanggan. Untuk keterangan lanjut sila hubungi Capri by Fraser Kuala Lumpur.

asam-pedas-ekor-lembu

kambing-kuzi

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!