86717

Semarak Rasa di Melting Pot - Suria FM - Segalanya Hiburan

Untuk bulan Ramadan kali ini, hotel Concorde Kuala Lumpur mempersembahkan promosi ‘Semarak Rasa’ yang menampilkan ajnas sajian klasik kampung sehingga 14 Jun 2018 di Melting Pot Café.

Lebih kurang 150 sajian bakal dihidangkan setiap malam. Ini termasuklah ikan keli berlado, udang sambal tempoyak, siput sedut lemak cili api, siput sedut daun selasih, gulai urat lembu berserai, asam pedas ekor lembu bunga kantan, ayam masak ros, kurma telur, ikan patin masak tempoyak, pucuk manis dengan keledek, nangka lemak ikan bilis, dan daging dendeng kering berlado.

Tahun ini juga ada sesuatu yang lebih istimewa berupa ketam goreng berempah, udang galah goreng berempah, lala goreng tiga rasa dan lala ala kam heong.

Tidak dilupakan juga hidangan lain iaitu sup gearbox, sup tulang rawan, sup ekor, ikan bakar percik dan kambing sumbat dengan nasi briyani. Tiga menu berbeza bakal mengambil giliran dan harga yang dikenakan adalah RM148 seorang.

Selain sajian berbuka puasa ada juga hidangan buffet khas sahur yang bermula jam tiga hingga 5.30 pagi dari Isnin sampai Khamis manakala 11 malam sampai 5.30 pagi setiap Jumaat dan Sabtu pada harga RM55 sahaja seorang. Terdapat hidangan seperti bubur lambuk, mee mamak, nasi lemak, bubur teochew, aneka sandwic dan banyak lagi.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi Melting Pot di hotel Concorde KL.

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!