
/wp-content/uploads/2020/02/dgs.jpg)
Aroma Masakan Rumah yang Menggiurkan Menggamit Selera Sebaik Melangkah ke Restoran Terezza Brasserie dan The Emperor Chinese di Dorsett Grand Subang
SUBANG – Sebagai sebuah bandar yang menjadikan makanan suatu kebanggaan, Subang Jaya memanfaatkan semangat kebersamaan ketika berbuka antara keluarga dan teman-teman dengan juadah yang menggiurkan. Semangat ini perlulah dilengkapi dengan hidangan yang menarik dan tawaran hidangan Ramadan Dorsett Grand Subang adalah destinasi yang paling tepat.
Bertemakan “Semarak Iftar”, restoran Terazza Brasserie di hotel 5-bintang itu akan dilengkapi dengan juadah berbuka yang enak dan menggiurkan.
Dengan deretan lebih 90 lauk yang disediakan oleh chef-chef berbakat Dorsett Grand Subang sendiri, Terazza Brasserie akan menjadi semeriah bazaar Ramadan yang menjadi tarikan setiap lapisan masyarakat, meraikan kempen Tahun Melawat Malaysia 2020.
Semarak Iftar akan bermula pada 24 April hingga 23 May 2020, jam 7:00 hingga 10:30 malam. Harga tawaran bermula pada RM138 (Dewasa) dan RM89 (kanak-kanak 6-12 tahun dan Warga Emas, 60 tahun ke atas).
Sebaik melangkah ke restoran, pengunjung akan terlihat hidangan yang pembuka selera tempatan seperti kerabu, pelbagai jenis sambal, dan keropok seperti keropok sotong, ikan, sayur, emping malinja dan papadom.
Di bahagian salad sejuk dan panas pula, pengunjung mempunyai pilihan salad segar yang disajikan dengan sos-sos Itali, Perancis, Thousand Island dan vinaigrette. Untuk yang gemar akan sup, Terazza Braserrie juga menyediakan Sup Ayam Cendawan ala Melayu, Sup Cumin infused Watercress Cream, Sup Tulang Kambing Berempah, Sup Pindang Ikan Merah, Sup Ayam Yoke Chuk, Sup Herba Chi Kut The, Sup Singgang Ikan dan Sup Tom Yam.
Sekitar restoran, pengunjung akan dapat melihat pasukan kulinari yang akan sentiasa memantau stesen-stesen makanan yang ada untuk memastikan segala juadah yang anda perlukan ada termasuklah Sup Gear Box, Sup Campur Utara, pelbagai roti seperti Roti Canai, Roti Telur, Murtabak Ayam dan Roti John.



Hidangan berbuka puasa tidak akan lengkap dengan Kambing Golek yang dihidang bersama Nasi Arab Mandi, dan bubur tradisional Bubur Lambuk. Untuk menjadikan semangat festival lebih meriah, pengunjung juga dapat menikmati hidangan sate yang dimasak dan disediakan di depan mata pengunjung lengkap dengan nasi impit, timun, bawang dan kuah kacang.
Barisan gerai-gerai ini juga akan dilengkapi dengan gerai mi dengan pilihan seperti Laksa Sarawak, Mi Udang Pulau Pinang, Laksa Johor, Laksa Kedah, Laksam, dan Mi Soto Jawa serta terdapat Nasi Kukus yang dihidang bersama pilihan Ayam Goreng Berempah, pajeri Nenas atau Terung, Hati Ayam Goreng Sambal dan sebagainya lagi.
Selain daripada itu, antara juadah yang juga diseiakan termasuklah Nasi Tomat, Daging Rendang Tok, Gulai Kawah Kambing, Ayam Masak Gajus dan Cili Kering, Udang Masak Cili Api, Kailan Ikan Masin, Nasi Briyani Gam Sayur, Sambal Udang, Udang Kong Poh, Kari Ikan Tenggiri, Kambing Kuzi, Daging Lembu yang direned dengan sos lada hitam, dan banyak lagi!
Lengkapi juadah berbuka dengan pencuci mulut yang terdiri daripada pelbagai jenis kek, biskut, kuih-muih Melayu seperti Ondeh-ondeh, Badak Berendam, Tapai Pulut dan Ubi, dan Pulut Panggang. Selain itu, terdapat juga pilihan bubur Pulut Hitam, Cendol, Ais Kacang, dan pelbagai jenis ais krim.
Harga diskaun boleh didapati bermula seawall 1 Mac hingga 22 April dengan hanya RM98 seorang. Tempahan mestilah dibuat terlebih dahulu.
Buffet sahur juga disediakan di Terazza Brasserie dengan hanya RM78 seorang bermula jam 4:30 pagi hingga 5:30 pagi. Sekiranya anda menginap di hotel, hidangan sahur dalam bilik juga boleh didapati pada waktu dan harga yang sama dan tempahan mestilah dibuat paling lewat jam 3 pagi.
Untuk tempahan sila hubungi Terazza Brasserie di talian 03-50316060 ext 1912, atau emelkan ke bookfnb.subang@dorsetthotels.com
Sekiranya pengunjung berminat untuk berbuka puasa dengan ala Oriental, restoran The Emperor juga menyediakan juadah berbuka bermula jam 6 petang hingga 10 malam bermula 24 April hingga 24 Mei 2020. Pengunjung boleh memilih antara dua Set Menu Iftar yang disediakan khas oleh Chef Eksekutif Bryan Teh. Untuk Set Menu Iftar 8-hidangan, harga bermula RM588 semeja untuk enam orang dan set 9-hidangan berharga RM988 semeja untuk 10 orang.
Nikmati hidangan istimewa Chef Bryan seperti Sichuan Style Deep-Fried Crispy Chicken With Dry Chilli and Herbs, Wok-Fried Assorted Vegetable with Spicy Sauce in Claypot, Fried Fragrant Rice with Diced Chicken dan Ordinary Extra Sauce, serta banyak lagi.
Bersempena dengan Ramadan, bermula 1 Mac hingga 30 May, Chef Eksekutif Bryan juga menyediakan gabungan 3 set menu Mix ‘N’Match untuk menepati bajet anda dan akan dihidangkan dengan sup dan pencuci mulut percuma.
Juadah menu 4-hidangan berharga RM298 semeja untuk 4 orang dengan pilihan juadah satu hidangan daging, satu hidangan makanan laut, satu hidangan makanan laut dan telur, dan satu hidangan sayur. Manakala juadah menu 6-hidangan dengan harga RM498 semeja untuk enam orang mempunyai pilihan satu hidangan daging, satu hidangan makanan laut, dua hidangan ayam, satu hidangan tauhu atau telur dan satu hidangan sayur. Selanjutnya, menu 8-hidangan pula berharga RM698 semeja untuk 8 orang mempunyai pilihan dua hidangan daging, dua hidangan makanan laut, dua hidangan ayam, satu hidangan tauhu dan telur, dan satu hidangan sayur.
Restoran The Emperor Chinese ini merupakan restoran yang mesra Muslim dan mula beroperasi jam 12 tengah hari hingga 3 petang untuk makan tengah hari dan jam 6 petang hingga 10 malam untuk makan malam. Pengunjung mestilah membuat terlebih dahulu sebelum hadi ke restoran, tempahan boleh dibuat melalui panggilan ke 0350316060 atau emelkan ke bookfnb.subang@dorsetthotels.com