73392

Senangnya Bermalam di Harris Suites fX Sudirman Jakarta - Suria FM - Segalanya Hiburan

harris-room-corner_483

Siapa kata yang terbaik itu sering terlalu mahal harganya? Zaman sekarang banyak barangan serta perkhidmatan yang ditawarkan mampu diperolehi oleh ramai orang kerana tawaran harga yang sangat berpatutan. Selain penerbangan tambang murah kita juga kini mempunyai banyak pilihan lain seperti hotel bersewa rendah dan sebagainya.

lobby_486

Dan salah satu jenama hotel yang terkenal di negara jiran kita Indonesia, iaitu kumpulan hotel Harris turut menawarkan sewa berharga istimewa yang dimaksudkan. Terbaru di Jakarta, Harris Suites fX Sudirman menawarkan perkhidmatan dan bilik-bilik yang sangat eksklusif pada harga yang sangat berpatutan.

harris-fx-suite-room

Terletak di kawasan pusat Jakarta serta di atas pusat membeli-belah gaya hidup fX Lifestyle X’enter Mall dan tidak berapa jauh dari Plaza Senayan, hotel ini dibina untuk memenuhi pasaran pelancong yang semakin ramai di Jakarta selain daripada tetamu yang datang bagi tujuan perniagaan luar negara. Ia menampilkan 88 buah bilik serta suite, gimnasium, gelanggang tenis dan macam-macam lagi. Setiap bilik dilengkapi dengan kemudahan internet percuma serta televisyen berlayar leper LCD. Lebih menakjubkan juga adalah pemandangan kota Jakarta yang dapat dinikmati dari bilik-biliknya kerana hotel ini berada tinggi di atas fX Mall.

exterior-e

Di samping itu, hotel ini juga mempunyai sebuah kolam renang unik yang membolehkan tamu melihat pemandangan restoran semasa berenang di bawah air. Ini kerana kolam renangnya di bina di sebelah restoran dan dinding kolam renang ini merupakan kaca lutsinar yang dibina di sebelah restoran IndoChine. IndoChine juga merupakan restoran yang terletak di dalam pusat membeli-belah fX dan merupakan tempat sarapan bagi para tamu hotel.

harris-car

Selain daripada itu, terdapat 10 buah bilik mesyuarat yang dikenali sebagai fPod yang turut terletak di dalam fX Mall. Jadi sewaktu makan atau mesyuarat, para pengunjung fPod ini dapat melihat suasana di tingkat bawah pusat membeli-belah tersebut dari ruangan mereka. Ini juga menyenangkan para tamu hotel untuk membeli-belah atau mencuba tempat-tempat makan yang ada di situ kerana semuanya di dalam satu bangunan dan sangat mudah untuk ditujui.

Oleh itu, hotel ini sangat sesuai buat anda yang mahukan hotel berkualiti tinggi tetapi menawarkan harga yang sangat berpatutan dengan kemudahan serta lokasinya. Bukan sahaja bilik-biliknya cantik dilihat tetapi juga sangat selesa untuk didiami. Jadi pastikan Harris fX Suites Sudirman menjadi pilihan anda sekiranya berkunjung ke Jakarta!

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!