73376

Sensa Hotel di Bandung Ada Segalanya - Suria FM - Segalanya Hiburan

img_5790

Bandung di Indonesia semakin hari semakin membangun dan bandar di Jawa Barat Indonesia ini terus kekal sebagai salah satu destinasi pilihan utama pelancong Malaysia.

Hampir setiap hujung minggu, bandar ini bukan sahaja dipenuhi dengan kemasukan para penduduk dari Jakarta, tapi juga para pengunjung dari Malaysia dan Singapura. Sesesuai dengan industri pelancongannya yang terus berkembang, jumlah hotel juga semakin banyak di kota ini.

Walaubagaimanpun hanya terdapat beberapa hotel di sini yang dapat memberikan kemudahan dari segi lokasi ke pusat membeli-belah dan tempat-tempat makan. Sensa Hotel merupakan salah satu hotel yang dimaksudkan.

sensa_0211

Berbekalkan kedudukan strategik yang terletak di sebelah pusat membeli-belah Cihampelas Walk, serta kawasan perniagaan cenderamata khas Bandung, pusat-pusat hiburan dan padang-padang golf terkemuka, hotel ini pastinya menjadi pilihan tepat buat mereka yang mahukan kemudahan semasa melawat kota Bandung.

Dilengkapi dengan 128 bilik-bilik yang cantik dan bersambung dengan kemudahan internet wi-fi, pelanggan diberi kebebasan untuk memilih penginapan yang sesuai.

sensa-suite-2

sensa-suite-3

sensa-suite-bathroom

Hotel ini juga sangat sesuai bagi mereka yang berkeluarga kerana ia mempunyai kemudahan-kemudahan seperti kolam renang, pusat kesihatan serta gimnasium, dan semestinya restoran yang menyajikan pelbagai pilihan makanan enak seperti makanan tempatan dan juga hidangan antarabangsa.

lobby-lounge-2

Sensa Hotel juga menawarkan perkhidmatan-perkhidmatan lain seperti dewan dan ruangan khas bagi tujuan mesyuarat, seminar, majlis-majlis tertentu dan seumpamanya.

Lokasi hotel ini juga hanyalah 15 minit dari stesen keretapi Bandung dan tidak sampai 30 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Husein Sastranegara.

Kesimpulannya, hotel ini memang harus dikunjungi sekiranya anda mahukan kesenangan sewaktu berlibur di Bandung kerana ia menawarkan hanya yang terbaik buat setiap pengunjung!

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!