73362

Sentuhan Mewah Swiss-Belboutique Yogyakarta - Suria FM - Segalanya Hiburan

 

img_9260

Sebelum sempat anda melangkah ke ruang lobi kedatangan anda disambut di pintu utama hotel dengan pukulan gong persis golongan diraja mencemar duli. Begitulah layanan dan hospitaliti Swiss-Belboutique Yogyakarta terhadap semua penginap hotel. Kehadiran anda dialu-alukan bahkan diraikan oleh setiap petugas hotel. Hospitaliti ini merupakan suatu keunikan dan imej hotel yang cuba diketengahkan kepada setiap pengunjung.

Dilengkapi dengan 121 bilik, hotel bertaraf 4 ke 5 bintang ini menyerlahkan keunikan kontemporari di samping memberikan suasana dan aura yang damai dan tenang kepada penginap hotel. Penginap hotel juga diberi layanan yang istimewa apabila disediakan dengan menu bantal di setiap bilik dan anda hanya perlu memilih jenis bantal yang dingini untuk beradu.

es0a5278-2

Lokasi hotel pula terletak di pusat bandar Yogyakarta yang merupakan hub artistik Pulau Jawa. Destinasi yang terkenal dengan khazanah dan persembahan budaya serta kraftangan membolehkan pengunjung hotel untuk menerokai semua pengalaman ini di samping mencuba makanan tradisi tempatan yang juga tidak jauh dari hotel ini.

img_9734

Hotel ini juga terletak hanya beberapa minit dari Tugu Jogja yang merupakan destinasi wajib dikunjungi kepada setiap pelancong. Antara lokasi lain yang menarik untuk dikunjungi yang terletak berdekatan dengan hotel ini ialah “Kraton “. Ia merupakan kediaman rasmi bagi Kesultanan serta kerabat Yogyakarta yang wujud sejak beratus tahun dahulu.

Setelah seharian menelusuri bandar Yogyakarta, pelbagai kemudahan disediakan bagi mereka yang ingin berehat dan berlibur di hotel. Kolam renang serta gimnasium disediakan bagi mereka yang ingin bersenam serta beriadah manakala ruang lounge disediakan bagi mereka yang ingin menikmati alunan piano di kala menyaksikan matahari terbenam. Hotel ini turut menyediakan ruang mensyuarat yang boleh menempatkan 300 peserta.

es0a7139-cmyk

Pelbagai pilihan juadah juga disediakan di restoran yang terdapat di hotel ini. Chandis Rooftop, Kahyangan Lounge and Breakfast dan Restoran Swiss-Cafe merupakan antara pilihan penginap hotel.

Intrikasi rekabentuk mewah dan layanan istimewa. Jika ini yang anda inginkan Swiss-Belboutique Yogyakarta adalah pilihan hotel anda ketika berada di Yogyakarta.

 

sumbangan : Wan Azfarozza Wan Athmar

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!