73330

10 Tahun Menyajikan Hidangan Korea Halal dan Lazat di Seoul Garden! - Suria FM - Segalanya Hiburan

sg

Seoul Garden, rangkaian restoran makanan Korea di Malaysia, meraikan ulang tahun ke-10 dengan pembukaan cawangan terbaru di Melawati Mall. Memiliki 34 cawangan berkonsepkan buffet dan 12 cawangan berkonsep ala-carte ‘Hot Pot’, Seoul Garden merupakan peneraju restoran makanan berkonsepkan Korea.

whatsapp-image-2017-09-26-at-4-14-50-pm

Walau bagaimanapun, Suria baru-baru ini berkesempatan mencuba sendiri sajian ‘Hot Pot’ di cawangan Seoul Garden One Utama.

whatsapp-image-2017-09-26-at-4-14-52-pm-3

Seperti yang ramai sedia maklum Seoul Garden, telah beroperasi sejak tahun 2007, dan memperkenalkan makanan berkonsepkan ala Korea yang memenuhi selera dan citarasa rakyat Malaysia. Seoul Garden juga menyediakan daging perapan yang istimewa kepada pelanggan-pelanggan, iaitu seperti daging perapan perisa kopi, ‘spicy bulgogi, teriyaki dan pelbagai lagi.

whatsapp-image-2017-09-26-at-4-14-52-pm-2

Pengunjung juga boleh memilih masakan Asia yang disediakan dan juga pilihan menu buffet yang terdiri dari 150 jenis pilihan. Selain daripada konsep ‘steamboat’ dan barbeku, Seoul Garden juga mempunyai konsep ala-carte iaitu Seoul Garden HotPot yang memfokuskan menu-menu hidangan seperti Bibimbap, Hotpot, Hotplate dan banyak lagi.

whatsapp-image-2017-09-26-at-4-14-49-pm-2

Seoul Garden mensasarkan lebih banyak cawangan di seluruh Malaysia bagi memastikan semua orang berpeluang untuk mencuba makanan yang disediakan. Sehingga kini, Seoul Garden telah pun mempunyai lebih daripada 70 buah restoran di tujuh buah negara; Malaysia, Singapura, Philippines, Vietnam, Indonesia, Myanmar dan Brunei.

whatsapp-image-2017-09-26-at-4-14-52-pm

“2017 merupakan tahun yang amat bermakna kepada Seoul Garden. Tahun ini merupakan ulang tahun Seoul Garden yang ke-10 dan kami amat berbesar hati dengan sokongan yang telah kami terima selama ini,” kata Desmond Lim, Pengarah Urusan Seoul Garden.

whatsapp-image-2017-09-26-at-4-14-52-pm-1

Selain dari membuka cawangan baru, Seoul Garden di sekitar Malaysia kini telah pun mendapat pensijilan Halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Pensijilan ini menandakan komitmen Seoul Garden bagi menyediakan yang terbaik kepada para pelanggan kami. Sehingga kini, 26 cawangan Seoul Garden telah pun menerima pengiktirafan Pensijilan Halal dari JAKIM.

whatsapp-image-2017-09-26-at-4-14-50-pm-3

“Kami sentiasa berusaha untuk menawarkan yang terbaik kepada pelanggan-pelanggan kami. Persijilan Halal dari JAKIM adalah bukti komitmen yang tinggi dari kami kepada hampir 80% pelanggan Melayu kami bahawa kami sangat komited dalam memberikan yang terbaik kepada mereka serta memenuhi standard yang ditetapkan. Selain daripada itu, Seoul Garden akan terus mengekalkan pensijilan Halal ini dan akan sentiasa mengharapkan dengan adannya pensijilan Halal ini ianya akan dapat memberikan lebih tarikan kepada semua untuk terus berkunjung ke restoran kami tanpa rasa ragu-ragu.” kata Pn. Zuryanti, Eksekutif Halal dari Seoul Garden.

whatsapp-image-2017-09-26-at-4-14-51-pm

 

Untuk maklumat lanjut tentang Seoul Garden, layari www.seoulgarden.com.my .

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!