85574

Siapa Ratu & Raja Bollywood Malaysia? - Suria FM - Segalanya Hiburan

Dato’ Sri Aliff Syukri baru sahaja meraikan hari jadinya yang ke-31 di rumah agamnya yang baru siap dibina.

Majlis yang bertemakan Bollywood itu dihadiri oleh ramai rakan selebriti dan juga kenalan rapat Dato’ Sri Aliff.

Bila mengangkat tema Bollywood, pasti ramai tetamu yang hadir melaram memakai busana tradisonal Bollywood yang penuh berwarna warni.

SURIA paparkan fesyen-fesyen yang digayakan oleh selebriti dan kenalan rapat Dato’ Sri Aliff pada malam itu.

  1. Nur Sajat – Berpakaian serba biru firus, penampilan Nur Sajat pada malam itu memang dinanti ramai. Malah Sajat turut membuat persemabhan tarian dari lagu Bollywood popular Deewani Mastani dari filem Bajirao Mastani. Persis Deepika Padukone!

whatsapp-image-2018-04-05-at-4-40-43-pm-1

 

2. Ifa Raziah – Gaya Ifa pada malam itu cukup sederhana dan tidak berlebihan. Namun Ifa masih kelihatan anggun dan bergaya. Memilih busana berwarna ‘nude’. Ifa bijak menggayakan dengan selendang berwarna fuchsia yang menyerlahkan aura Bollywood.whatsapp-image-2018-04-05-at-4-40-43-pm-3

3. Norman Hakim – Hero kacak bertubuh sasa ini memilih untuk memakai kurta merah polos yang serba ringkas lantas membangkit aura jantannya yang begitu menyerlah. Dipadankan bersama celana hitam, Norman kelihatan begitu tampan dan bersahaja.

whatsapp-image-2018-04-05-at-4-40-43-pm-4

4. Rita Sosilawati – Usahawan kosmetik dan teman baik tuan rumah ini tampil jelita dengan persalinan berona biru gelap. Sulaman benang emas di atas kain baldu benar-benar membias aura bangsawan kepada si pemakai. Rita juga bijak memadankan aksesori yang sesuai dengan ‘look’ yang dibawanya pada malam itu.whatsapp-image-2018-04-05-at-4-40-43-pm-5

5. Datuk Aznil Haji Nawawi – Penampilan Datuk Aznil pada malam itu serba ringkas namun tetap membawa auranya yang tersendiri. Datuk Aznil bijak memilih warna biru indigo dengan perincian kemilau di bahagian leher dan dada. Dipadan dengan celana putih membangkitkan lagi warana baju yang dipakainya.

whatsapp-image-2018-04-05-at-4-40-43-pm-6

6. Joy Revfa – Seorang lagi pengusaha kosmetik yang juga merupakan teman baik kepada tuan rumah hadir dalam persalinan berwarna nude. Warna busananya yang lembut menyerlah kejelitaan wajah Joy.

whatsapp-image-2018-04-05-at-4-40-43-pm-7

7. Wak Doyok – Raja dalam berfesyen ini bijak memilih pakaian yang kena dengan tubuh genitnya. Paduan warna biru bersama celana dan turban merah adalah satu kombinasi yang bernas. Terasa aura Bollywood tatkala memandang ke arahnya. Temannya turut tidak mahu kalah dalam bergaya. Kurta hijau sarat perincian membangkit aura diraja India.

whatsapp-image-2018-04-05-at-4-40-43-pm-8

8. Fasha Sandha – Persis Ratu Bollywoood, itulah yang boleh disimpulkan dari gaya primadona ini. Memilih persalinan serba jinga dengan aksesori lengkap, Fasha hadir bagaikan bintang Bollywood yang sebenar pada malam itu. Tuah menyebelahi Fasha apabila beliau berjaya membawa pulang hadiah pakaian tercantik.

whatsapp-image-2018-04-05-at-4-40-43-pm

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!