85913

Sikap Yang Perlu 'Dicampak' Dari Perhubungan - Suria FM - Segalanya Hiburan

Nak tahu tak apa faktor yang membolehkan sesuatu hubungan tu putus? Haaa..sebab SIKAP korang sendiri. Mungkin ada yang cakap ‘Dia yang curang!’. Sebenarnya kita tak boleh nak salahkan satu pihak je. Cuba korang ingat balik sepanjang korang bersama si dia, apa sikap korang yang korang sendiri dapat rasa macam annoying? Korang kena tahu sesuatu perkara tu tak akan terjadi kalau tak ada punca. Contohnya, macam mana pokok boleh tumbuh kalau tak ada akar? Lebih kurang macam tu la. Belajar untuk tidak menyalahkan satu pihak je.

Ada 9 sikap yang korang perlu elak dalam perhubungan korang kalau taknak hubungan tu terputus ditengah jalan. Memang la orang kata ‘Kalau dah bukan jodoh, nak buat macam mana’ tapi tak salahkan kalau kita mencuba? Jom baca antara sikap-sikap yang sememangnya korang kena elak.
 

  • TERLALU MANJA 

Sifat manja wanita sering dikaitkan sebagai suatu daya tarikan tersendiri. Tapi lelaki pun ada juga yang jenis manja-manja ni. Kebanyakkan lelaki suka bila kekasih mereka manja sebab benda tu dapat membangkitkan sifat melindunginya. Tapi toksah la nak lebih-lebih pula! Kalau kena dekat perempuan pun, perempuan angkat kaki blah je! Kalau dah melebih-lebih tu bukan comel dah tau. Itu dah masuk ke zone mengada-ndaga. Buruk tahu tak kalau manja terlebih ni.


  • KURANG KOMUNIKASI

Kalau ada rasa tak puas hati ke apa, cuba luahkan je. Jangan senyap atau pendam sebab komunikasi ni sangat penting. Si lelaki pula kalau pasangan nak luahkan sesuatu tu (walaupun bukan masalah korang berdua) cuba la dengar. Perempuan ni bukan nak korang faham dia pun. Dia cuma nak bercerita je. Yang si perempuan pula kalau lelaki bercerita tentang minat mereka tu, korang jangan la pula malas nak layan sebab itu minat mereka. Elok la kalau banyak berkomunikasi daripada jadi ‘kayu’ je kan?


  • TERLALU ‘OPEN MINDED’

Orang yang terlalu open minded ni memang jenis mesra alam dengan orang lain. Senang cerita orang disekeliling dia pun ada senang dengan orang yang jenis open minded ni. Tapi kalau TERLEBIHopen minded pula benda tu akan jadi annoying sampai orang rasa nak pukul korang dengan batang penyapu! Kalau dah jenis terlampau open minded ni payah sikit nak handle sebab mereka akan bercerita je pasal perasaan mereka tu tanpa tengok situasi dan keadaan ketika tu. Paling hampeh, orang yang terlampau open minded ni jenis susah nak simpan rahsia dan yang lagi tak boleh blah, mereka ni jenis cakap dulu lepas tu baru fikir. Bukan fikir dulu baru cakap. 


  • TERLALU CEREWET

Tahu tak orang yang jenis cerewet ni memang dalam kategori buruk! Bukan buruk paras rupa tau tapi dari segi SIKAP! Apa pasangan kita buat, semua tak kena. Senang cerita mereka yang jenis cerewet ni jenis taknak kalah. Kalau kawan dia dapat pasangan macam ni, dia pun nak juga. Seboleh-bolehnya dia akan suruh pasangan dia ubah diri supaya jadi macam orang lain. Apa salahnya kalau korang terima pasangan korang tu dengan seadanya. Kalau korang betul-betul ikhlas dengan hubungan korang tu, korang takkan suruh dia jadi macam orang lain sampaikan dia hilang diri dia sendiri. 


  • SENSITIF YANG MELAMPAU 

Orang yang ada sikap sensitif yang tahap melampau ni memang tempah tiket untuk kena tinggalkan. Tak salah kalau nak sensitif tapi beragak lah. Jangan la teruk sangat sensitif korang tu. Bila korang ada sikap macam tu, pasangan akan jadi tak selesa nak ungkapkan sesuatu tu dekat korang. Tak kisah la tentang perasaan ke apa. Paling tak boleh blah kalau pasangan nak berlawak pun tak boleh. Korang nak ke hubungan yang serius je memanjang? Taknak kan? Mesti ada masanya korang nak bergurau dengan pasangan. Tapi dah kalau jenis sensitif tahap teruk ni macam mana nak bergurau? Kang terguris perasaan la itu la ini la. End up pasangan korang tu pula yang tak ada mood


  • TERLALU MENGGONGKONG 

Tak kisah lah antara lelaki ke perempuan, mereka memerlukan kebebasan atau ruang untuk melakukan aktiviti yang mereka suka, melepak dengan kawan dan untuk mereka jadi diri mereka sendiri. Kalau korang yang jenis suka mengongkong ni, mungkin pasangan korang tu dapat bertahan atau faham korang tapi untuk JANGKA MASA YANG PANJANG, memang tak akan lah. Mereka akan cepat bosan kalau korang masih dengan sikap yang terlampau menggongkong ni. Hati-hati! 


  • TERLALU MEMPERLEKEH 

Lelaki dan perempuan sama je sebenarnya. Mereka ni jenis tak suka pasangan tak hargai kewujudan mereka apatah lagi kalau jenis yang suka memperlekeh-lekehkan pasangan tu sendiri. Bahasa tu kena jaga. Jangan sampai pasangan akan terasa terhina. Sebelum nak cakap tu, cuba fikir dulu. Letak tempat korang dekat tempat dia. Kalau dia memperlekehkan korang, apa korang rasa? Kalau taknak orang buat kita, kita jangan buat orang.

Setiap orang mesti ada kekurangan diri masing-masing kan? Tak salah kalau korang ada niat nak tolong mereka untuk berubah tapi biar lah dengan cara yang elok. Bukan memperlekehkan mereka.  


  • TERLALU MENYANJUNGI 

Kebiasaan memuji dan saling menghargai memang sangat diperlukan dalam sesuatu perhubungan. Bukan je dapat merapatkan hubungan tapi ia juga penting untuk meningkatkan rasa percaya antara satu sama lain. Tapi kalau selalu sangat puji atau sanjung, itu boleh membuatkan pasangan merasa bosan. Dia juga akan anggap korang tak ikhlas. 


  • SUKA MEMINTA

Jangan suka nak minta macam-macam sebab setiap orang ada had kesabaran juga. Kalau tak dapat apa yang diminta tu, jangan nak merajuk pula! Sampai satu tahap, pasangan akan mula malas nak layan karenah korang yang mengada-ngada tu. Jangan sampai si dia cari orang lain yang jauh lagi baik dari korang. Haaa..nanti padan muka! 


 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!