89125

Simpan, Labur dan Menang Dengan AHB - Suria FM - Segalanya Hiburan
Datuk Kamalul Arifin Othman, Pengarah Urusan Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Pelaburan Hartanah Berhad (PHB) (dua dari kanan) melancarkan inisiatif terbaharu Amanah Hartanah Bumiputera, Cabutan Hadiah “Simpan, Labur dan Menang”, dalam satu majlis yang berlangsung pada , 15 Ogos 2018 di Kuala Lumpur.

Pelaburan Hartanah Berhad (PHB) dan Maybank Asset Management Sdn. Bhd. (MAM) hari ini telah mengumumkan satu lagi promosi untuk menggalakkan serta meningkatkan pelaburan dalam unit Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) dengan pelancaran inisiatif baharu iaitu cabutan hadiah “Simpan, Labur dan Menang” dengan tawaran hadiah berupa unit AHB yang bernilai sehingga RM400,000.00 untuk para pemenang.

Pemegang unit AHB yang memiliki baki minima 1,000 unit dalam akaun mereka untuk tempoh enam bulan, bermula pada 1 Oktober 2018 sehingga 31 Mac 2019, akan disenaraikan secara automatik sebagai peserta untuk satu cabutan rambang yang akan dilakukan oleh Pengurus Cabutan, Dynamic Search Sdn Bhd, yang dilantik oleh PHB dan MAM.

Pemegang unit layak untuk mendapat satu penyertaan bagi setiap 1,000 unit yang dikekalkan sepanjang tempoh peraduan. Semua penyertaan akan dikira berdasarkan purata baki bulanan minimum sepanjang 6 bulan. Oleh itu, pemegang akaun baharu juga boleh menyertai cabutan ini dengan syarat harus membuka akaun AHB sebelum 1 Oktober 2018.

Turut bersama beliau adalah En Mohd Fadzil Maruwan; Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan PHB (paling kiri), En Ahmad Najib bin Nazlan; Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Asset Management Sdn Bhd (paling kanan) dan Cik Noor Neelofa Md Nor (dua dari kiri).

Cabutan tersebut bakal berlangsung selepas tempoh enam bulan berakhir iaitu pada 31 Mac 2019. Hadiah yang ditawarkan adalah mengikut empat kategori seperti berikut:

Hadiah pertama : 200,000 unit AHB Hadiah kedua : 100,000 unit AHB Hadiah ketiga : 50,000 unit AHB 50 hadiah saguhati : 1,000 unit AHB untuk setiap pemenang

Peserta yang terpilih akan dihubungi oleh Pengurus Cabutan untuk menjawab satu soalan mudah bagi melengkapkan kemenangan. Peserta dengan jawapan yang betul
akan diiktiraf sebagai salah seorang pemenang. Sila semak terma dan syarat peraduan di www.maybank-am.com.my/ahbdraw untuk maklumat lebih lanjut.

Bercakap di sidang media untuk mengumumkan inisiatif tersebut, Pengarah Urusan Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Pelaburan Hartanah Berhad (PHB), Datuk Kamalul Arifin Othman berkata, “Inisiatif cabutan hadiah hari ini adalah sejajar dengan misi PHB untuk memperkasakan pemilikan benefisial Bumiputera ke atas pasaran hartanah di lokasi utama serata Malaysia. Saya juga ingin menekankan bahawa komitmen kami ke arah mencapai matlamat untuk menggalakkan simpanan dan pelaburan dalam kalangan Bumiputera telah diterjemahkan dalam pelbagai rancangan kreatif sehingga membawa kepada pengenalan inisiatif terkini hari ini”. Beliau turut menyatakan hasrat PHB untuk menjadikan peraduan ini sebagai inisiatif tahunan dan bukan program sekali sahaja.

“Jika anda terlepas peluang untuk mengambil bahagian atau tidak terpilih di dalam pusingan yang pertama ini, jangan berputus asa. Terdapat banyak lagi cabutan yang akan dilakukan pada masa akan datang”, tambah beliau lagi.

Datuk Kamalul Arifin Othman turut menyeru kepada orang ramai yang berminat untuk menyertai cabutan ini tetapi masih belum melanggan unit AHB untuk berbuat demikian di mana-mana cawangan Maybank, AmBank dan Ambank Islamic di seluruh negara.

“Kadar langganan minimum bagi setiap individu adalah RM100.00, manakala kadar maksimum adalah RM500,000.00. Walau bagaimanapun, para pemegang unit perlu mempunyai baki minimum akaun sebanyak 1,000 unit dalam tempoh 6 bulan bagi melayakkan diri untuk menyertai cabutan ini. Rebutlah peluang ini untuk mengenali AHB serta mendalami manfaat yang disediakan melalui cabutan yang diperkenalkan ini”, tambah beliau lagi.

AHB yang telah dilancarkan pada tahun 2010 merupakan sebuah unit amanah yang patuh syariah dan berlandaskan hartanah yang pertama diwujudkan di Malaysia. Objektif penubuhannya adalah bagi memberi peluang kepada masyarakat Bumiputera untuk mengambil bahagian di dalam pemilikan hartanah komersil utama menerusi pegangan unit dalam AHB.

Semua warga kerja PHB, Maybank Asset Management Sdn Bhd, AmanahRaya Trustees Berhad, agensi pengiklanan dan promosi serta pekerja pengedar sah AHB yang terlibat secara langsung dalam cabutan ini, serta ahli keluarga mereka adalah tidak dibenarkan untuk menyertai cabutan ini.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!
    Enable referrer and click cookie to search for pro webber