73222

Simpang Siur Solo - Suria FM - Segalanya Hiburan

whatsapp-image-2017-04-28-at-5-54-36-pm-1

Sekiranya berpeluang ke kota Surakarta atau Solo di Indonesia, bermalamlah di Alila Solo kerana hotel ini turut menyediakan pakej pelancongan khas buat tamunya yang ingin mengenali Solo dengan lebih dekat. Program yang dikenali sebagai Alila Heritage Tour ini merupakan sebuah sesi penerokaan sekitar kota Solo untuk mendalami lebih banyak tentang sejarah serta kebudayaan kota tersebut. Ada banyak pilihan pengembaraan yang boleh diikuti namun yang harus dilawati adalah istana diraja mereka yang dikenali sebagai Pura Mangkunegaran. Sebaik sahaja melangkah masuk, anda akan dibawa kembali ke zaman Jawa Kuno sewaktu kegemilangan Keraton Solo. Tamu akan diberi penjelasan tentang senireka dalaman istana sehinggalah kesan-kesan peninggalan yang masih ada. Dari struktur binaan dan hiasan, sehinggalah artifak warisan keluarga diraja, semuanya akan dijelaskan oleh pemandu pelancong. Pastinya, selepas mengikuti lawatan ke istana ini, para pengunjung akan lebih mengerti kenapa orang Jawa masih mengamalkan sesetengah perkara dalam gaya hidup serta bahasa mereka.

alila-solo-journeys-pura-mangkunegaran-01

Di samping itu, jangan lupa mencuba makanan tempatan Jawa di Solo yang sememangnya enak dan menyelerakan. Kata orang Indonesia, makanan Jawa terkenal dengan kemanisannya, seperti mana orang Jawa sendiri. Mungkin benar, kerana orang Jawa bukan sahaja manis di pandang mata, tetapi juga baik dan peramah. Ini dapat dilihat kala melawat kawasan Kampung Batik Laweyan yang merupakan salah satu tumpuan pelancongan Solo.

alila-solo-journeys-pura-mangkunegaran-03

Sebagai kota yang dianggap pusat seni Batik Indonesia, Batik yang dihasilkan di Solo dikatakan antara yang paling hebat kualitinya di Indonesia. Jadi tidak hairanlah sekiranya terdapat kampung-kampung tinggalan warisan Jawa kuno yang masih berfungsi sebagai pusat pengeluaran Batik tradisional. Kampung-kampung Batik ini merupakan beberapa kelompok industri kecil yang masih mengusahakan seni batik untuk dijual. Di sini para pelawat dapat menyaksikan sendiri proses batik dibuat dan menikmati keindahan hasil seninya sambil memahami sejarahnya.

whatsapp-image-2017-04-28-at-5-54-35-pm-1

Perjalanan menelusuri kawasan kampung-kampung batik ini juga diserikan lagi dengan lorong-lorong kecil yang mempunyai tarikannya tersendiri. Setiap simpang-siurnya terlihat cantik dan lebih indah kala diabadikan di dalam gambar dan lukisan.

whatsapp-image-2017-04-28-at-5-54-35-pm-4

Ramai yang menyangka Yogjakarta adalah kota utama kalau berbicara hal keluarga diraja Jawa yang sering disebut sebagai Keraton. Tetapi sebenarnya Keraton asli bermula di Solo dan peninggalan sejarahnya juga lebih banyak. Jadi sekiranya ingin mengetahui lebih banyak tentang sejarah serta budaya Solo, bermalamlah di Alila Solo untuk mengalami keselesaan terhebat di samping mempelajari lebih banyak ilmu tentang kotanya yang indah.

whatsapp-image-2017-04-28-at-5-54-35-pm-6

whatsapp-image-2017-04-28-at-5-54-35-pm-5

whatsapp-image-2017-04-28-at-5-54-35-pm-9

whatsapp-image-2017-04-28-at-5-54-35-pm-7

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!