73337

Singgahan Mewah di Ritz-Carlton Mega Kuningan Jakarta - Suria FM - Segalanya Hiburan

lobby

Sebut sahaja nama hotel ini, pasti ramai yang teringatkan bangunannya yang gah di kawasan lingkaran komersial Mega Kuningan di tengah-tengah bandaraya Jakarta di Indonesia.

Hotel Ritz-Carlton Jakarta Mega Kuningan adalah hotel mewah lima bintang yang bertaraf antarabangsa dan merupakan salah satu hotel tersohor di Jakarta. Terletak di pusat kota, hotel ini juga mempunyai lokasi yang sangat strategik kerana kedudukannya tidak jauh dari tempat-tempat menarik serta pusat-pusat perdagangan di sekitarnya.

club-lounge

Dengan bilik-bilik indah dari pelbagai taraf, hotel ini menjanjikan perkhidmatan terbaik buat semua tamunya yang hadir. Seperti hotel-hotel mewah lain, setiap bilik dilengkapi dengan kemudahan elektronik terkini serta perabot berkualiti tinggi. Senireka dalamannya juga bersesuaian dengan gaya penginapan masa kini yang eksklusif serta kontemporari.

mayfair-suite

Hotel ini juga mempunyai kemudahan-kemudahan lain seperti sebuah kolam renang, gymnasium serta pusat kesihatan, Ini termasuk bilik sauna, jacuzzi, serta sudah tentu ruangan spa yang dikendalikan oleh Ritz-Carlton Spa, sendiri.

swimming-pool-with-fitness-view

Menepati posisinya sebagai sebuah hotel perniagaan, ia sudah tentu dilengkapi ruangan khas untuk mengadakan mesyuarat, seminar dan juga sebuah dewan besar untuk mengadakan pelbagai acara.

Di samping keindahan hotel ini, ia juga terkenal dengan tempat-tempat makannya seperti Asia Restaurant yang menyajikan makanan antarabangsa serta tempatan, dan juga Lobo.

lobo

Namun apa yang istimewa adalah sajian Sunday Market Brunch di Asia Restaurant yang menyajikan aneka sajian khas setiap hari Ahad. Dan yang menjadi pilihan pihak Suria adalah ‘Angkringan’ yang merupakan hidangan makanan jalanan Jawa seperti sate dan banyak lagi.

asia-restaurant-interior-1

Lebih menarik, hotel ini juga mempunyai sebuah kebun kecil yang dikenali sebagai Eco Garden. Ia terletak di kawasan bersebelahan kolam renang dan pusat kesihatan. Sekali imbas, ia mirip sebuah kebun kampung tapi tertanam di antara pencakar langit metropolitan Jakarta. Kami diberitahu beberapa hasil tanaman seperti sayuran dan buah-buahan turut digunakan dalam amsakan di dapur hotel selain dijadikan ramuan untuk Ritz-Carlton Spa. Ini merupakan satu keunikan yang jarang ditemui di hotel-hotel lima bintang lain di Indonesia.

spa-therapist-detail-2

Jadi, jika anda ingin menikmati sekilas kemewahan dan melihat Jakarta dari pusat kota, bermalamlah di Hotel Ritz-Carlton Jakarta Mega -Kuningan. Ia pasti satu pengalaman eksklusif yang tidak akan anda lupakan!

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!