88862

Singgahan Mewah Nan Selesa di Ascott Jakarta - Suria FM - Segalanya Hiburan

Buat yang suka berlibur ke negara jiran Indonesia, Jakarta merupakan satu destinasi yang mudah dan tepat kerana ia hanya mengambil masa dua jam perjalanan sahaja dari Kuala Lumpur dengan menaiki kapal terbang. Jakarta juga sebuah bandar yang lengkap dan padat. Bukan sahaja bandar yang mempunyai pencakar langit, malah terdapat juga tempat-tempat untuk di lawati seperti muzium, tempat hiburan dan juga pusat membeli belah.

Sekiranya tercari-cari tempat penginapan yang menepati suasana percutian berkeluarga di bandaraya itu, Ascott Jakarta adalah pilihan yang sangat sesuai. Terletak di daerah ‘Segitiga Emas’, Ascott Jakarta terletak betul-betul di tengah -tengah pusat perniagaan dan pusat membeli belah di bandar ini.

Terdapat empat sebab utama mengapa anda harus memilih untuk menginap di sini. Yang pertama, lokasinya yang amat strategik. Terdapat tiga pusat membeli-belah bersebelahan Ascott Jakarta iaitu Thamrin City Mall, Grand Indonesia Mall dan juga Plaza Indonesia. Bukan itu sahaja, terdapat deretan restoran di sekeliling Ascott Jakarta hanya dengan berjalan kaki. Pusat-pusat membeli-belah ini mempunyai pelbagai kedai menarik dari jenama tempatan mahupun antarabangsa, serta taman permainan kanak-kanak. Ini termasuk aneka restoran, pusat karaoke, panggung wayang dan macam-macam lagi.

Sebab kedua, tempat ini sesuai sebagai penginapan adalah perkhidmatan peribadi yang disediakan. Ini terlihat dengan layanan para pekerja yang sangat peka, teliti dan peramah. Selain itu setiap unit pangsapuri eksklusif ini mempunyai sambungan internet wi-fi untuk kemudahan para tamunya. Ini menjadikannya sangat sesuai untuk tamu yang berkunjung.

Yang ketiga pula adalah pilihan jenis-jenis penginapan yang ditawarkan. Jenama Ascott memang terkenal sebagai penginapan berkonsepkan pangsapuri mewah. Dengan jumlah 204 unit pangsapuri mewah, terdapat beberapa jenis unit yang disediakan oleh Ascott iaitu studio, 1 bilik, 2 bilik ataupun pangsapuri 3 bilik yang boleh diduduki oleh keluarga sebesar 6 orang dengan keluasan yang sangat selesa.

Ascott Jakarta juga mempunyai restoran Frangipani yang menyediakan sarapan pagi yang halal, kolam renang, gimnasium, pusat spa untuk memanjakan diri dan juga ruang main kanak-kanak. Kemudahan yang ditawarkan benar-benar mirip seperti di hotel lima bintang. Ini semua menjadi sebab keempat kenapa penginapan ini menjadi pilihan.

Hanya 45 minit dari kawasan lapangan terbng Soekarno Hatta. Dengan perkhidmatan lima bintang bertaraf antarabangsa yang diberikan, penginapan di sini memang amat berbaloi. Jadi, tunggu apa lagi? Rebutlah peluang ini dan nikmatilah percutian bersama keluarga tersayang anda di Ascott Jakarta!

Dan sebagai pembaca Suria anda boleh mendapatkan diskaun atau potongan harga sebanyak 10% dengan promo kod Suria FM x Ascott Jakarta. Hanya hubungi mereka untuk membuat tempahan di +62 21 2995 6888 atau melalui e-mel reservation.jakarta@the-ascott.com atau frontoffice.aj@the-ascott.com dan berikan kod Suria FM x Ascott Jakarta. Promosi hanya sah dari 1 Ogos – 30 November 2018.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!