86518

Siti Nurhaliza Lancarkan Butik dan Koleksi Pakaian Sendiri - Suria FM - Segalanya Hiburan

Sempena Syawal yang bakal menjelang ini, Creación & Simplysiti by Siti Nurhaliza sekali lagi tampil ke pentas peragaan bagi memperkenalkan koleksi-koleksi terbaharu yang pastinya sangat berlainan daripada tahun – tahun yang terdahulu. Busana Creacion & Simplysiti by Siti Nurhaliza 2018 direka indah berkonsepkan kuntuman-kuntuman bunga yang akan menyerlahkan keayuan si pemakai.

Creación & Simplysiti by Siti Nurhaliza ini yang telah diperkenalkan pada Mac 2016 telah tampil dengan 3 koleksi istimewa untuk wanita Creación yang merangkumi 39 rekaan yang mana 8 daripada koleksi tersebut adalah rekaan Premium series dan salah satunya merupakan istimewa ‘Design by Siti Nurhaliza’. Menariknya pertunjukkan fesyen kali ini adalah buat julung kalinya ia diadakan di kompleks membeli-belah; Melawati Mall. Ini turut bertujuan untuk merasmikan butik baharu Creacion & Simplysiti by Siti Nurhaliza di kompleks tersebut.

Menurut Dato’ Seri Siti Nurhaliza, Pengasas Creación & Simplysiti by Siti Nurhaliza ini di dalam ucapannya; ‘Koleksi Creación pada kali ini kelihatan amat menarik dengan berinspirasi motif-motif floral di dalam cetakannya yang sangat memikat dan kelihatan cukup segar buat si pemakai’.

Katanya lagi, Aidilfitri adalah saat yang mencipta memori indah dan berkekalan. Oleh itu, kesemua rekaan yang dipersembahkan ini adalah bertujuan untuk menciptakan nostalgia indah dan memberikan pengalaman istimewa penggayaan busana yang elegan di pagi Syawal.

Rekaan-rekaan busana raya Creacion & Simplysiti by Siti Nurhaliza 2018 dihasilkan dengan tiga unsur utama yang merangkumi eksklusiviti, kesopanan dan keanggunan. Terdapat dua pilihan untuk si pemakai iaitu; bagi yang menginginkan kesederhanaan, boleh memilih rekaan plain yang mana akan menyerlahkan keayuan dan bagi yang menginginkan motif yang lebih meriah, boleh memilih rekaan printed. Didatangkan dalam pilihan warna pastel dan vibrant, koleksi ini direka menggunakan material yang bermutu tinggi yang pastinya lebih mudah dijaga dan boleh didapati dengan harga mampu milik.

Kesemua koleksi Premium Series pula direka dengan mengadaptasi penggunaan material eksklusif import yang cukup berkualiti tinggi sebagai pelengkap gaya busana untuk kesan yang lebih mewah dan dijual dalam kuantiti yang cukup terhad.

Kesemua koleksi Creacion & Simplysiti by Siti Nurhaliza 2018 adalah ilham sepenuhnya Pengasas Creación, Dato’ Seri Siti Nurhaliza bersama pereka – pereka Creación & Simplysiti by Siti Nurhaliza. Bermula dari proses rekaan, pemilihan fabrik sehinggalah ke proses pengeluaran dan pembuatan, Dato’ Seri Siti Nurhaliza terlibat secara total dalam perusahaan label fesyen miliknya ini. Koleksi- koleksi yang diperkenalkan ini adalah sebagai memenuhi permintaan pelanggan, peminat dan pasaran yang mahukan koleksi busana ready-to-wear yang minimal untuk digayakan tatkala Aidilfitri disamping mempunyai sentuhan eksklusif.

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!