73327

Slide The City Kini di Lembah Kelang! - Suria FM - Segalanya Hiburan

stc_image_1

Slide the City Malaysia secara rasmi telah melancarkan Slip N’ Slide yang akan diadakan selama sebulan pada setiap hujung minggu iaitu Jumaat (5 petang – 12 malam), Sabtu dan Ahad (9 pagi -12 malam) dari 30 September hingga 29 Oktober 2017 di Pusat Konvensyen Setia City.

stc_image_2

Slide the City adalah fenomena global yang telah membawa slaid atau gelongsor gergasi ke jalan-jalan di sekitar bandar utama di Amerika Syarikat, Columbia, Kanada, United Kingdom, Korea, Jepun, Brunei, Hong Kong, Macau, China, Taiwan dan banyak lagi. Monkey Theory Sdn. Bhd. secara rasmi telah membawa gelongsor air ikonik ini ke Malaysia pada Disember 2015 dan sejak itu Slide the City telah menjelajah ke negeri-negeri seperti Pulau Pinang, Melaka, Kuantan dan Johor Bahru.

stc_image_7

“Kami telah mendengar permintaan ramai dari peminat-peminat kami dan kini telah melanjutkan tempoh acara kami kepada sebulan! Ini kerana kami ingin memberi peluang untuk semua orang untuk merasai pengalaman slaid gergasi ini sekurang-kurangnya sekali dalam hidup mereka! Jadi, pakailah pakaian musim panas terbaik anda dan bersedia untuk mencuba gelongsor gergasi ini. “kata Encik Leong Delon, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Monkey Theory Sdn. Bhd., penganjur Slide the City Malaysia.

stc_image_9

Walaupun acara ini direka khas untuk menjadi acara pesta yang berorientasikan hari keluarga, namun, sebahagian daripada hasil jualan tiket Slide the City akan disalurkan ke Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia (NKF Malaysia) untuk menyokong pesakit yang mengidap penyakit buah pinggang. Melalui pergabungan ini Slide the City ingin meningkatkan kesedaran obesiti, memupuk gaya hidup yang sihat melalui acara yang menyeronokkan di mana seluruh keluarga dapat turut serta.

stc_image_3

Selain mengalami gelongsor premium, para pelawat juga boleh turut serta dalam suasana karnival yang yang akan berlangsung serentak. Acara ini akan menampilkan muzik secara langsung, dan permainan karnival seperti Rodeo Bull, Dunking Game, Bungee Run, dan Gladiator Joust. Pelawat-pelawat juga boleh menikmati pelbagai hidangan kerana terdapat lebih dari 15 mobil makanan akan berkumpul di sana.

stc_image_14

“Slide the City juga bangga untuk menjadi rakan kongsi Wahoo Events untuk kempen “Shark Savers”. Melalui kempen ini kami berjanji untuk tidak makan makanan yang menggunakan sirip yu dalam resepi mereka. Sebagai penganjur Slide the Ciy, kami berdedikasi untuk membantu menyebarkan kesedaran untuk memelihara sumber semula jadi kami untuk generasi-generasi akan datang.” kata Delon.

stc_image_13

Slide the City Malaysia turut bangga untuk bekerjasama dengan penaja rasmi mereka iaitu Glinter, GoPro, Pico Design, Kose (Malaysia) dan Warrior. Lebih lagi, mereka juga berkerjasama dengan rakan rasmi seperti S P Setia, Haribo, UBER, tonton, Cleo, Wahoo Events, Great Eastern, AirAsia Big, ROKKI, Fitness First, 7-Eleven, National Kidney Foundation Malaysia, LAC Printing and Packaging, Chili Pang Pang, Tantannews, GO Communications, Anita Souvenirs, TV3, 8TV, SAYS, OhBulan, Sirap Limau, Klips and Studio8 (Quickie) untuk menjayakan acara ini. Slide the City juga turut disokong oleh Tourism Selangor.

stc_image_10

Tiket biasa dan tiket VIP masing-masing dijual pada harga serendah RM29 dan RM86. Tiket juga boleh dibeli secara dalam talian di www.slidethecity.asia dan di tapak acara pada hari acara berlangsung. Tiket juga boleh didapati di kedai-kedai 7-Eleven terpilih di Pulau Pinang, Selangor dan Lembah Klang bermula akhir bulan September 2017 dan bulan seterusnya.

Untuk maklumat lanjut mengenai Slide the City Malaysia, lawati laman Facebook rasmi mereka di http://www.facebook.com/slidethecitymalaysia/.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!