73279

Smashup Mashup dari Chef Jeff Ramsey dan Darren Teoh - Suria FM - Segalanya Hiburan

babe-x-dewakan-13

Babe Restaurant kembali dengan ‘Smashup Mashup’, sebuah kolaborasi masakan dengan restoran Dewakan. Untuk satu malam sahaja ketua chef dari kedua-dua restoran iaitu Jeff Ramsey dari Babe Restaurant dan Darren Teoh dari
Dewakan akan mempersembahkan sajian yang luar biasa di Babe Restaurant, Damansara Heights pada 7 Julai ini.

babe-x-dewakan-5

Chef Ramsey yang terkenal dengan hidangan Japasnya, iaitu ‘tapas’ dengan sentuhan Jepun manakala Chef Teoh yang tersohor kerana masakan tempatannya akan bergabung untuk mencipta beberapa keajaiban masakan.

babe-x-dewakan-11

Antara menu Smashup Mashup termasuklah kudapan seperti gula kapas Bulgogi, Kulit ayam dengan cairan bawang, pate itik, sanwic lidah Wagyu, serta banyak lagi.

babe-x-dewakan-7

Tidak dilupakan juga hidangan utama seperti itik Peking, tiram panggang, Unagi rangup dan macam-macam hidangan unik lain

Untuk tempahan jam 6,7,8 dan 9 malam pada 7 Julai 2017 bolehlah hubungi 03-2095 8599 atau layari babe.com.my

Klik di sini untuk lebih banyak khabar selera yang menarik

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!