95618

Sol By Melia Kuta Bali : Hotel Pilihan Keluarga - Suria FM - Segalanya Hiburan

Sebut sahaja Bali perkara pertama yang terlintas di fikiran ialah destinasi berbulan madu. Bali bukanlah destinasi pelancongan yang sinonim dengan konsep percutian keluarga. Namun, kini terdapat pelbagai aktiviti di Bali yang dapat dilakukan bersama keluarga. Pelbagai hotel di Bali kini menengahkan konsep mesra keluarga dan Sol By Melia Kuta Bali adalah jawapan kepada keluarga yang ingin bercuti ke Bali.

Terletak hanya 5 minit dari Pantai Kuta, dan hanya 6 km dari Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai, hotel ini mempunyai 110 bilik mengikut kepada keperluan setiap penginap hotel samada bagi mereka yang bercuti bersama rakan-rakan dan keluarga mahupun atas urusan kerja. Bagi mereka yang memilih hotel ini anda diberi tiga jenis pilihan bilik mengikut citarasa dan keperluan percutian anda. Bagi mereka yang bercuti bersama rakan-rakan anda boleh memilih SOL Room. Bagi yang melancong bersama keluarga terdapat Sol Big Room dan keluarga besar yang inginkan lebih ruang dan keselesaan maka SOL Extra Room adalah pilihan yang tepat untuk anda.

Sol Kuta juga menyediakan pelbagai fasiliti untuk keselesaan penginap hotel.  Terdapat dua kolam renang untuk dewasa dan sebuah kolam renang untuk kanak-kanak. Bagi ibu bapa yang merancang memanjakan diri di Body and Sol Spa bolehlah menghantar anak-anak ke Art Kids and Kids Club tanpa perlu merasa khuatir akan keselamatan mereka. Setelah puas melakukan aktiviti tersebut anda dan keluarga bolehlah menjamu selera di Kitchen Restaurant yang menyediakan pelbagai pilihan menu dari juadah barat hinggalah ke juadah tempatan. Bagi penginap hotel yang ingin menikmati jamuan ringan sambil bersantai Play Bar dan Pool Bar adalah pilihan yang sesuai.

Dengan harga yang berpatutan serta penginapan yang selesa untuk seisi keluarga Sol By Melia Kuta, Bali adalah pilihan yang tepat untuk percutian keluarga anda. Untuk maklumat lanjut layari laman web solkutabali@melia.com atau instagram @solkutabali.

 

Artikel sumbangan: Wan Azfarozza

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!
    Enable referrer and click cookie to search for pro webber