73372

Starbucks Raikan “Give Good” Dengan Minuman dan Hidangan Musim Percutian - Suria FM - Segalanya Hiburan

whatsapp-image-2017-12-14-at-12-09-38-pm

Pemberian sesuatu yang menggembirakan. Dan musim perayaan kali ini pasti lebih bermakna dengan kembalinya minuman buatan khas sempena musim perayaan Starbucks dalam Give Good Holiday Cup yang baru dilancarkan, bersama dengan kopi Holiday Blend istimewa, penawaran makanan baharu, dan pilihan barangan eksklusif yang sesuai dijadikan hadiah.

Tahun ini, reka bentuk Holiday Cup baharu Starbucks tahun ini ternyata berbeza dengan paparan adegan-adegan lukisan tangan mengenai masa indah yang bakal menjelma musim ini, daripada perjalinan komunikasi menerusi secawan kopi, menulis kad perayaan, memberi hadiah yang bermakna dan meraikan musim perayaan dengan orang tersayang. Musim percutian membawa maksud yang berbeza kepada setiap orang, dan satu daripada inspirasi utama di sebalik reka bentuk ini ialah penggalakkan pelanggan menambah warna dan ilustrasi mereka sendiri untuk menzahirkan semangat percutian mereka.

Meraikan Give Good dalam segala bentuk sama ada kopi, berkumpul bersama, kreativiti dan keajaiban. Starbucks menjemput para pelanggan dan komuniti untuk bersama mereka di ruang keriangan ini dan memupuk penciptaan bersama dan ikatan bermakna menerusi pemberian yang menggembirakan.

whatsapp-image-2017-12-14-at-12-09-38-pm-1

Kongsi keriangan musim percutian ini dan jadikan percutian anda lebih meriah dengan dua jenis minuman baharu yang diadun khas oleh Starbucks iaitu Starbucks® Peppermint Dark Mocha dan Starbucks® Teavana™ Apple Black Tea yang pasti menambat hati anda semasa meraikan percutian anda dengan orang tersayang. Tidak juga melupakan kembalinya kegemaran sepanjang masa, Starbucks® Toffee Nut Crunch Latte.

Starbucks® Toffee Nut Crunch Latte: Minuman kegemaran dengan sirap kacang toffee kurang manis diadun dengan stim susu dan espresso serta ditambah dengan krim putar dan serbuk biji toffee yang rangup di atasnya. Adunan sempurna kemanisan karamel dan kekacang ini – menjadikannya salah satu minuman Starbucks yang diminati sepanjang masa!

Starbucks® Peppermint Dark Mocha: Serikan semangat percutian anda dengan minuman yang direka menyerupai pokok Krismas. Dark Mocha dengan hias atas pudina bersama krim putar teh hijau dan dilengkapi butiran berkilau gula-gula berwarna hijau dan merah.

Starbucks® Teavana™ Apple Black Tea: Nikmati pengalaman percutian mewah dengan teh hitam pekat direka khas digabungkan dengan jus epal dan dihiasi dengan buih serbuk kayu manis (cinnamon).

whatsapp-image-2017-12-14-at-12-09-38-pm-2

Musim percutian ini, kemuncaknya ialah dengan pelancaran buku perancang tahun 2018 yang terkenal Starbucks (Starbucks Signature planner), yang datang dalam warna Hot Red dan Navy Blue. Edisi Hot Red adalah Edisi Percutian (Holiday Edition) yang datang dalam kuantiti terhad.

Starbucks juga mengalu-alukan kembalinya biji kopi panggang yang paling disukai ramai, Starbucks® Holiday Blend, bersama dengan Starbucks® Holiday Blend Espresso Roast dan Starbucks® Holiday Blend Blonde Roast. Sesiapa yang inginkan minuman segera boleh mencuba Starbucks® VIA Holiday Blend – adunan segera musim percutian klasik yang diperbuat daripada adunan sama dengan kopi Sumatran dan biji-biji kopi lain Asia/Pasifik dan Amerika Latin. Biji kopi panggang ini juga adalah rakan sempurna bagi makanan terhad pada musim perayaan seperti Cinnamon Pumpkin Roll dan Cranberry Chia Seed Focaccia Twist.

Boleh didapati di semua kedai bermula 7 November, minuman Starbucks® Toffee Nut Crunch Latte dan Starbucks® Peppermint Dark Mocha dijual pada harga RM17.50 ke atas, dan Starbucks® Teavana™ Apple Black Tea pula RM16.00 ke atas. Minuman Starbucks® Holiday Blend, Starbucks® Holiday Blend Espresso Roast dan Starbucks® Holiday Blonde Roast berharga RM40.00 ke atas.

Untuk maklumat lanjut, sila lawat laman web Starbucks Malaysia di www.starbucks.com.my.

Gambar : Instagram Starbucks Malaysia

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!