Siapa yang tidak kenal dengan restoran yang popular dengan hidangan stik Me’nate? Malah baru-baru ini syarikat Palace Butcher Resources Sdn Bhd, pemilik Me’nate Steak Hub mengadakan satu sidang media untuk meraikan kejayaan pihak pengurusan Palace Butcher Resources Sdn Bhd yang merangkul dua anugerah berprestij yang diterima baru-baru ini di Selangor dan Kuala Lumpur. Pihak Suria telah dijemput untuk sama-sama meraikan kejayaan ini sekaligus mencuba beberapa menu khas mereka.

20180222_125908

Anugerah ini adalah satu pengiktirafan tinggi yang telah diberikan kepada Me’nate Steak Hub sebagai sebuah restoran stik dan makanan barat yang bermutu tinggi yang terdapat di kawasan Lembah Klang.

Palace Butcher Resources Sdn Bhd telah berjaya di dalam penjenamaan semula restoran ini yang telah diambilalih sejak tahun 2015. Daripada sebuah restoran yang sederhana di Ampang, kini Palace Butcher Resources Sdn Bhd, dalam tempoh tiga tahun berjaya menambah tiga lagi rangkaian baru Me’nate Steak Hub di sekitar Lembah Klang dan Selangor. Restoran-restoran ini terletak di Ampang Jaya, Setapak, Bandar Baru Bangi dan Shah Alam.

Pihak pengurusan sedang merangka strategi bersama agensi kerajaan yang berkaitan untuk membuka lebih banyak lagi cawangan Me’nate Steak Hub di seluruh negara. Palace Butcher Resources Sdn Bhd akan membuka peluang ini kepada usahawan-usahawan yang berminat untuk mengurus dan mengendali rangkaian-rangkaian baru kelak. Setakat ini, beberapa negeri telah dikenalpasti iaitu di Johor, Melaka dan Pulau Pinang.

Sejak mengambil alih pengurusan Me’nate Steak Hub pada tahun 2015, pihak pengurusan telah melakukan banyak perubahan-perubahan besar dan drastik bagi mempertingkatkan imej Me’nate sebagai sebuah restoran makanan barat yang berprestij tinggi. Perkara ini termasuk daripada rekaan dalaman restoran, peralatan-peralatan memasak yang moden dan yang paling penting dan utama adalah pemilihan daging segar yang berkualiti tinggi serta bahan-bahan mentah lainnya yang segar dan dipilih khas. Sebaik mungkin, cuba mengelakkan daripada mengunakan bahan-bahan segera.

rjc_0703

Pihak pengurusan sama sekali tidak akan berkompromi pada mutu dan kualiti daging yang dijual. Daging-daging terpilih ini adalah diimport dari Australia, New Zealand dan Amerika Syarikat. Antara yang menarik dan unik mengenai Me’nate Steak Hub adalah ia juga, sebuah kedai menjual daging mentah, dimana pelanggan boleh membeli daging yang siap dipotong untuk dibawa pulang.

Pelanggan tidak dikenakan bayaran atau caj tambahan apabila daging itu dimasak, untuk dimakan di
restoran atau dibawa pulang.

rjc_0585

Sejak mengambil alih operasi Me’nate Steak Hub, syarikat Palace Butcher Resources Sdn Bhd juga telah menubuhkan pusat pemotongan dan penyimpanan daging (Central Butchery) sendiri untuk memotong, mengedar dan membekalkan daging mentah ke semua rangkaian Me’nate Steak Hub.

Seterusnya, pihak pengurusan mengambil cef-cef yang berpengalaman untuk menyiapkan menu dan masakan yang baik untuk pelanggan. Sebahagian besar daripada cef Me’nate mempunyai pengalaman lebih daripada 10 tahun dan kesemua mereka adalah anak-anak tempatan.

rjc_0643

Rahsia besar kejayaan Me’nate Steak Hub sebenarnya terletak pada kualiti daging yang dijual dan dihidangkan kepada pelanggan. Pelanggan-pelanggan dapat melihat dan memilih sendiri daging-daging tersebut sesuai dengan kemampuan masing-masing. Ini adalah daya tarikan utama para pelanggan mengunjungi Me’nate Steak Hub. Dan ini juga adalah faktor utama yang membezakan Me’nate Steak Hub dengan lain-lain restoran stik di Malaysia, dimana pelanggan memilih sendiri daging pilihan mereka.

20180222_115754

20180222_120036

Dibandingkan dengan kualiti daging yang terdapat di Me’nate Steak Hub, harga daging yang dijual di restoran ini adalah jauh lebih murah dibandingkan dengan yang lain, terutama daging jenis Wagyu. Disamping daging, Me’nate Steak Hub juga menyediakan menu ikan, udang kara, ayam dan pelbagai makanan ringan yang lain pada harga yang berpatutan.

20180222_134927

20180222_133806

20180222_134632

Jadi, tunggu apa lagi. Kalau ingin mencuba hidangan stik dan sajian barat lain yang enak, halal dan berkualiti tinggi pada harga yang sangat berpatutan, singgahlah ke mana-mana cawangan Me’nate terdekat sekarang. Anda pasti akan kembali!

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!