88732

Stik Kambing Lazat di NY Steak Shack - Suria FM - Segalanya Hiburan

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa daging kambing bukan sahaja lazat untuk dimakan tetapi ia juga merupakan sumber protein dan khasiat penting seperti besi, zink, selenium serta vitamin B12. Dan peminat daging kambing di Malaysia sangat bertuah kerana restoran NY Steak Shack menyediakan sesuatu yang istimewa.

Mereka baru sahaja tampil dengan menu terbaru berupa stik mendesis daging kambing yang diberi nama ‘Sizzling Lamb Sensations’. Ia terdiri dariapa empat set iaitu – Lamb Noisette, Lamb Noisette & Chicken Cevapi, Lamb Noisette & Garlic Shrimps serta Lamb Noisette & Smoked Beef.

Kesemua set ini boleh didapati sehingga 31 Ogos 2018 dan dihidang bersama dua makanan sampingan berserta  Homestyle Black Pepper Sauce.

Selain itu terdapat juga minuman susu kocak terbaru  seperti Brownies Milkshake,  Red Velvet Milkshake dan juga Oreo Milkshake pada harga RM13.11 setiap satu.

NY Steak Shack juga akan memperkenalkan ‘Darling Downs Wagyu Striploin’ berupa daging  Wagyu halal yang digril atau dibakar khas untuk pencinta daging lembu Wagyu.

Jadi kalau anda pencinta stik dan daging, singgahlah segera ke cawangan NY Steak Shack terdekat hari ini.

 

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!