85374

Stik Mendesis Enak di NY Steak Shack - Suria FM - Segalanya Hiburan

whatsapp-image-2018-01-17-at-3-52-08-pm-2

Bandaraya New York sering dianggap sebagai pusat aneka budaya Amerika Syarikat. Ia juga merupakan tempat tinggal rakyat pelbagai bangsa dari seluruh dunia. Oleh kerana itu, ia juga menjadi lokasi terbaik untuk mencuba makanan dari setiap pelusuk dunia.

Berbekalkan inspirasi tersebut, rantaian restoran NY Steak Shack cuba menghasilkan hidangan lazat berteraskan daging stik khas buat rakyat Malaysia. Selain menyajikan sajian enak, mereka juga cuba mewujudkan suasana kota New York di kesemua cawangan mereka lewat senireka dalaman dan juga nuansa-nuansa lain.

Dari daging stik sehinggalah burger serta minuman aneka perisa, NY Steak Shack sentiasa mencuba untuk memenuhi selera rakyat Malaysia. Lebih penting lagi, kesemua daging yang digunakan adalah diakui Halal 100%.

whatsapp-image-2018-01-17-at-3-52-08-pm

Baru-baru ini mereka telah melancarkan edisi khas stik mendesis atau Sizzling Steaks Special Edition, yang datang dalam bentuk daging lembut  lazat dengan bawang segar serta butiran jagung dengan mentega New York Steak Shack dan sos khas . Kempen stik khas ini akan berlangsung dari 8 Januari hingga 11 Mac 2018.

nyss_04

Tidak hairanlah mengapa ramai yang suka mengunjungi restoran ini. Malah baru-baru ini restoran NY Steak Shack telah mengumumkan pemenang utama pertandingan“Fly Me to New York” yang telah diadakan bersempena dengan ulangtahun ketiga restoran tersebut.

nyss_01

Seorang pensyarah dari Melaka Encik Mohd Akmal Kadir, telah muncul sebagai pemenang bertuah dan berjaya mendapatkan sepasang tiket penerbangan ke New York atas ihsan Etika Sdn Bhd. Dia telah dipilih sebagai pemenang daripada ratusan penyertaan lain berkat ilustrasi menakjubkannya yang memaparkan kaitan di antara New York Steak Shack, bandar New York dan juga Malaysia.

Pertandingan yang berlangsung dari 2 Oktober hingga 10 Disember 2017 itu memerlukan para peserta untuk menghantar lukisan dan coretan ikon-ikon New York Steak Shack.

Selain itu lima pemenang akhir lain turut memenangi peranti hebat seperti kamera Ricoh Theta 360, Fujifilm Instax, FitBit, dan Canon Selphy, di samping baucar tunai NYSS.

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!