96384

Sunway Lagoon Rai Tahun Tikus Sempena Tahun Baru Cina - Suria FM - Segalanya Hiburan

Bertemakan Tahun Tikus, sambutan Tahun Baru Cina pada tahun ini disertai oleh barisan maskot terbaharu Sunway Lagoon iaitu Captain Quack & Friends di mana mereka akan bersama para pengunjung memeriahkan perayaan ini dari 23 Januari sehingga 6 Febuari 2020.

Untuk 2 hari pertama Tahun Baru Cina – 25 dan 26 Januari 2020, para pengunjung akan disambut oleh God of Prosperity bersama Captain Quack & Friends. Mereka menghadiahkan sampul ang pau edisi terhad dan limau mandarin untuk para pengunjung pada musim perayaan ini. Pertunjukan yang memukau menanti anda seperti Tarian Singa, persembahan gendang cina dan persembahan istimewa sketsa A Mouse’s Tale oleh Captain Quack & Friends dan kemunculan Sifu Lao Shu.

 

Muncul sebagai haiwan pertama dalam bulatan 12-tahun takwin cina, tahun tikus diramal membawa kesejahteraan dan peluang yang luas. Membawa tradisi perayaan kepada anda dengan sentuhan unik, para pengunjung dijemput untuk mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti yang menyeronokkan sejajar dengan tahun yang penuh dengan kebaikan.

Perjalanan bertuah bermula seketika anda berada di Sunway Lagoon. Anda perlu mencari dan menyentuh Rat Zodiac Statue terletak di pintu masuk utama Sunway Lagoon untuk simbolik tuah agar sentiasa berada di tangga # 1 pada tahun 2020 (sama seperti kedudukan Sang Tikus dalam Perlumbaan Heavenly Gates mengikut cerita mitos kaum cina). Maju ke hentian seterusnya, anda boleh berkunjung ke Huat Cheese Mountain.

Bayangkan impian anda untuk tahun baru, pegang hajat tersebut dan lempar duit syiling ke dalam lubang gunung keju. Sebagai ganjaran yang segera simbolik kepada tuah, anda bakal menerima sekeping
syiling emas. Tidak ketinggalan, panggilan khas untuk si bujang dan solo, harapan untuk berpasangan itu wujud. Kunjungi Wishing Love Pond kami untuk tunaikan harapan anda demi impian hubungan yang indah pada tahun 2020 dengan melemparkan limau mandarin ke kolam ini. Semoga impian anda menjadi realiti.

Bagi mereka yang suka meramal nasib, anda dijemput ke Fortune Chest! Langkahnya cukup mudah. Pilih nombor dari mangkuk nasib dan anda perlu membuka laci almari bernombor yang tertera di kertas dari mangkuk nasib. Tilikan nasib tertera di helaian dari laci almari tersebut. Melengkapi perjalanan bertuah anda, singgah sejenak di Lucky Tree. Untuk tahun baru yang makmur, petik salah satu ang pau yang tergantung di pokok tersebut dan saksikan isi sampul tersebut. Pelbagai hadiah menarik menanti anda seperti barangan eksklusif Huawei dan pelbagai lagi.

“Sambutan perayaan merupakan aktiviti rutin bagi kami di Sunway Lagoon. Sambutan Tahun Baru Cina untuk edisi Tahun Tikus ini kami melakukannya secara gilang gemilang untuk memastikan ianya tahun yang bertuah dan meriah demi pengalaman hari terbaik untuk seluruh keluarga dan sahabat handai,” kata En Sean SL Choo, Pengurus Besar Sunway Lagoon.

Semasa perayaan Tahun Baru Cina, Surf Beach akan dipenuhi dengan aktiviti menyeronokkan untuk para pengunjung terutamanya kanak – kanak, seperti Rat Race Animal Kingdom, CNY Chapteh dan CNY Sand Art. Selain itu, para pengunjung akan turut dihiburkan dengan pelbagai inisiatif dan perayaan seperti sesi bertemu mesra dengan Captain Quack & Friends dalam persalinan Tahun Baru Cina dan banyak lagi!

“Ini adalah musim yang indah bagi kami di Sunway Lagoon kerana kami meraikan perayaan ini dengan gilang gemilang! Bukan sahaja menampilkan pelbagai persembahan dan aktiviti hebat, kami juga berharap dapat menarik golongan muda dengan pengenalan maskot baru kami, Captain Quack & Friends, “katanya.

Gamatnya sambutan Tahun Baru Cina di Sunway Lagoon tidak terhenti disitu. Maju ke Zamberi River di mana tarikan ini diberi nafas baru dan dipertingkatkan dengan bunyi gendang Afrika, dekorasi bercahaya ultra-ungu, semburan air dan bakul air. Dinginkan diri anda dengan berendam dan belayar menerusi sungai berwajah baru dengan menaiki pelampung yang boleh disewa pada harga yang berpatutan.

Nikmati pelbagai promosi yang ditawarkan seperti Chinese New Year Fortune Wheel! Gandakan tuah anda dengan berpeluang untuk memenangi hadiah menarik apabila anda membeli cenderahati dengan pembelian minimum RM188 dalam satu resit tunggal.

Bersesuaian dengan cuaca tropikal, para tetamu boleh hilangkan rasa haus mereka dengan pelbagai jenis minuman yang berasaskan tebu dengan tawaran harga yang berpatutan seperti Delight Cane, Karimbu Juice atau Sugar Cane Mojito. Lapar? Dapatkan tawaran istimewa Sunway Lagoon Caterer’s Prosperity Combo Meal di mana mana kiosk makanan Sunway Lagoon Caterer. Anda mencari lokasi sesuai untuk sesi pertemuan semula? Usah risau. Restoran Beach Bistro menawarkan menu istimewa sempena Tahun Baru Cina bermula dari RM388*.

Perayaan dan Sunway Lagoon tidak dapat dipisahkan. Dengan itu, kami mencipta hentian sejenak ini untuk memberikan para tetamu kami lebih banyak peluang untuk meluangkan masa dengan orang yang tersayang dan memastikan sambutan kali ini adalah yang terbaik sempena Tahun Baru Cina,” ujar En Sean SL Choo, Pengurus Besar Sunway Lagoon Sdn Bhd.

Abadikan dan muat naik momen istimewa anda dengan yang tersayang di Sunway Lagoon ke laman sosial media Facebook ataupun Instagram dengan tanda pagar #CNYMouseTale #BestDayEver dan #SunwayLagoonMY.

Untuk maklumat lanjut, hubungi Sunway Lagoon di +603-5639 0000, atau layari laman sesawang www.sunwaylagoon.com atau kunjungi facebook.com/SunwayLagoonMalaysia

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!
    Enable referrer and click cookie to search for pro webber