91113

Supermodel Adriana Lima Ucap Selamat Tinggal Pada Victoria’s Secret - Suria FM - Segalanya Hiburan

Supermodel terkenal yang juga Bidadari kepada jenama pakaian dalam terkenal Victoria’s Secret telah mengucapkan tinggal kepada jenama itu selepas 20 tahun berkhidmat sebagai model.

Pengumuman mengenai persaraannya dari Victoria’s Secret dilakukan sewaktu pertunjukan fesyen Victoria’s Secret 2018 yang berlangsung di New York hari ini.

Adriana berjalan buat kali terakhir hari ini sebagai Bidadari Victoria’s Secret yang paling lama dalam sejarah.

Beliau kelihatan sangat beremosi saat memperagakan pakaian dalam terakhirnya untuk pertunjukan itu. Seluruh dewan memberikan penghargaan kepadanya dengan memberikan ‘standing ovation’.

Sepanjang berkhidmat sebagai model Victoria’s Secret, Adriana telah berjalan untuk 18 pertunjukan fesyen setiap tahun, dan telah memperagakan 47 pakaian dalam kesemuanya termasuklah 3 ‘Fantasy Bra’ yang bernilai jutaan dollar.

Kini nama Adriana Lima akan dikenang selamanya sebagai legenda Victoria’s Secret.

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!