
/wp-content/uploads/2021/04/Picture-2.jpg)
Sempena Hari Wanita Sedunia pada bulan Mac lepas, Pusat Perubatan Sunway bersama stesen radio Suria FM telah menganjurkan satu temubual istimewa yang membincangkan tentang isu dan permasalahan kesihatan wanita pada 1 April yang lepas.
Temubual ini menampilkan Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Dr Sharmina Kamal binti Shamsul Kamal bersama moderator iaitu penyampai Suria FM, Suraya Borhan dan bersiaran secara langsung menerusi akaun Facebook Suria FM.
Antara perkara yang menjadi topik perbincangan adalah isu kesihatan bagi wanita hamil. Dr Sharmina menjelaskan secara terperinci mengenai contoh gaya hidup sepanjang proses kehamilan yang boleh diikuti oleh wanita hamil untuk kekal sihat.
Antara gaya hidup sihat yang boleh diikuti adalah dapatkan tidur yang mencukupi, lakukan senaman ringan, jaga pemakanan seimbang dan tidak mengambil terlalu banyak gula serta kurangkan tekanan.
Dr Sharmina juga mencadangkan beberapa latihan kecergasan ringan yang boleh dicuba untuk bakal ibu diluar sana. Jangan tak tahu, setiap trimester mempunyai latihan yang berbeza tau!
Cadangan latihan ringan sehingga sederhana bergantung pada tahap kecergasan wanita yang hamil. Jadi, ianya dibolehkan, jika mereka dapat meneruskan latihan apa pun yang mereka lakukan sebelum memasuki trimester pertama, selagi tidak menyebabkan sesak nafas atau sakit dan tidak berisiko boleh jatuh.
Wanita hamil harus kekal aktif pada trimester kedua dan ketiga mengikut menyesuaian kerana bayi sedang membesar dan pergerakan serta latihan tertentu mungkin terlalu sukar untuk dilakukan.
Terdapat pelbagai persoalan lazim mengenai kehamilan yang dikeutarakan kepada Dr Sharmina, antaranya adalah masalah kenaikan berat badan ketika hamil, masalah pendarahan, sakit atau gatal pada alat kelamin wanita hamil, risiko hamil pada usia lanjut, mengandung anak kembar, anak pramatang, diabetes dan tekanan darah tinggi ketika hamil serta pengambilan vaksin Covid-19.
Berat badan ketika hamil bergantung kepada berapa berat permulaan anda. Pada mulanya wanita yang sangat kurus mungkin naik sedikit berat badan semasa kehamilan. Berbeza dengan wanita yang gemuk. Dan kenaikan berat badan berubah semasa kehamilan. Peraturan am ialah 0.5kg sebulan pada trimester pertama, 1kg sebulan pada trimester ke-2 dan 1-2 kg sebulan pada trimester ke-3.
Kesakitan atau gatal pada alat kelamin wanita ketika hamil adalah normal kerana tekanan dan ketegangan pada sendi dan otot. Walau bagaimanapun, jika kondisinya agak teruk, lebih elok terus ke pakar untuk diperiksa. Gatal-gatal pada seluruh badan juga agak biasa ketika kehamilan dan boleh disebabkan oleh banyak perkara. Khususnya pada faraj, jangkitan yis lebih kerap berlaku semasa kehamilan.
Berkenaan vaksin COVID-19, di Malaysia, “tetanus toxoid vaccine” dan “booster” adalah sebahagian daripada protokol KKM. Dan kini KKM telah memberikan vaksin tersebut untuk wanita hamil dan menyusu.
Ibu mengandung mempunyai risiko berlipat ganda dalam semua perkara. Bayi, risikonya keguguran, kelahiran awal, kelahiran mati, kelahiran pramatang. Manakala risiko buat si ibu adalah diabetes kehamilan yang lebih tinggi, tekanan darah tinggi, darah beku.
Risiko hamil pada usia lanjut dalam likungan umur 35 tahun ke 40 dan atas pula adalah risiko mendapat bayi kromosom yang tidak normal seperti sindrom Down, struktur tidak normal, komplikasi yang berkaitan dengan penyakit perubatan ibu.
Bagaimana pula dengan masalah emosi dan mental wanita hamil? Bagaimana kita sebagai individu ingin atau perlu menguruskan mereka yang mengalami masalah kesihatan emosi dan mental ketika hamil ini?
Petua untuk keluarga, sokonglah si ibu dan bawa si ibu lakukan pemeriksaan berkala bagi mengesan tahap kesihatan mental mereka dengan lebih awal.
Buat si ibu pula, seboleh mungkin, rancang kehamilan dan pastikan tahap kesihatan adalah baik sebelum hamil. Si ibu juga perlu mengawal atau mengatasi masalah perubatan sebelum hamil. Amalkan diet yang sihat dan gaya hidup aktif dengan bersenam.
Semua persoalan dan petua kesihatan boleh diperoleh daripada Dr Sharmina menerusi tembual ini secara langsung dan jika terlepas, anda boleh menonton ulangannya di sini. https://www.facebook.com/SuriaMalaysia/videos/2594335954203576
Mungkin pemasalahan ini nampak mudah di mata anda, namun segera dapatkan nasihat perubatan daripada doktor untuk membantu anda.
Untuk maklumat lanjut serta promosi perubatan dan kesihatan, layari laman web Pusat Perubatan Sunway di https://www.sunwaymedical.com/promotion/.