
/wp-content/uploads/2018/06/Screen-Shot-2018-06-11-at-2.05.45-PM.png)
Bila tibanya Aidilfitri, pasti ramai yang menumpukan perhatian kepada baju raya yang akan dipakai di hari kemenangan nanti. Namun jika pakaian sahaja yang cantik ,tetapi solekan tidak sempurna bagai ada sesuatu yang tidak kena.
Kegilaan wanita sekarang terhadap alat solekan tidak dapat disangkal lagi. Banyak video tutorial dimuatnaik di media sosial menunjukkan cara-cara bersolek. Malah jurusolek di Malaysia juga tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan.
Pelbagai jenama alat solek mula diperkenalkan di pasaran tidak terkecuali oleh jurusolek-jurusolek terkenal tanah air seperti Syed Dewa.
Jurusolek yang berwajah tampan ini telah melancarkan koleksi alat soleknya sendiri yang diberi nama Syed Dewa Cosmetics. Jenama Syed Dewa Cosmetics menawarkan pewarna bibir jenis matte yang hadir dalam 4 variasi warna paling ‘in’ untuk dipakai. Anda pasti terpukau melihat bungkusan Syed Dewa Cosmetics ini yang kelihatan sungguh ‘chic’ setaraf produk antarabangsa.
https://www.instagram.com/p/Bi6ogCYDYsb/?hl=en&taken-by=syedewa
Ikuti temubual eksklusif SURIA bersama Syed Dewa menceritakan perihal bisnesnya juga tips solekan di Aidilfitri.
1. Bagaimana boleh tercetusnya idea untuk melancarkan jenama alat solek sendiri?
“Saya rasa adalah menjadi setiap impian jurusolek untuk memiliki jenama sendiri. Saya juga terinspirasi dari jurusolek terkenal antarabangsa yang sudah memiliki jenama alat solek sendiri seperti Bobbi Brown, Nars dan Charlotte Tilbury. Selain itu saya sendiri memang minat untuk berniaga”.
2. Boleh ceritakan lebih lanjut tentang produk Syed Dewa?
“Untuk koleksi pertama, saya keluarkan 4 warna lipmatte yang saya namakan sebagai Matte Lip Lacquer. Ia merupakan gincu jenis cecair dengan kemasan tekstur matte. Saya telah menjalankan kajian untuk produk ini selama 2 tahun. Pada mulanya saya cuba mencari kilang di luar negara, namun akhirnya membuat keputusan untuk mengilangkan produk ini di Malaysia kerana lebih mudah untuk urusan kerja dan juga untuk mendapatkan pengiktirafan halal. Kesemua empat warna Lipmatte ini juga saya pilih sendiri dan itu adalah warna-warna yang sering saya pakaiankan kepada pelanggan-pelanggan saya”.
3. Bagaimana Syed Dewa mendapat inspirasi untuk kesemua 4 Warna?
“Terdapat 4 warna yang ditawarkan. Antaranya ialah Nude, Orangee Pink, Peach Pink dan juga Dark Deep Mauve. Secara asasnya keempat-empat warna ini lebih kurang sama. Kenapa saya pilih empat-empat warna ini kerana ia boleh dicampurkan menjadi warna yang lain dan cipta warna kesukaan anda sendiri. Kerana saya memahami tidak semua orang boleh memakai warna-warna tertentu. Saya punya visi tersendiri dalam menyasarkan siapa kelompok pengguna saya. Tidak hanya mahu tertumpu kepada 1 tona kulit. Saya perlu memikir untuk mereka yang memiliki kulit gelap juga. Mereka perlu bijak mengadunkan keempat-empat warna ini untuk mendapatkan warna yang sesuai dengan kulit mereka.
“Nama setiap keempat-empat warna lipmatte ini juga terinsiprasi dari tempat-tempat atau negara yang pernah saya lawati dan saya jatuh cinta. Antaranya Paris, Istanbul, Manila dan juga Kuala Lumpur. Kesemua tempat-tempat ini telah memberi impak dalam kerjaya saya. Sebagai contoh Paris adalahh tempat yang selalu saya lawati dan merupakan lawatan ke Eropah saya yang pertama. Di Manila pula saya menyolek Neelofa untuk acara Forbes”.
4. Kenapa mimilih Deborah Henry sebagai wajah wakilan Syed Dewa?
Deborah Henry adalah biasan kepada Syed Dewa Cosmetics. Bagaimana saya memasarkan produk saya sama seperti Deborah. Wajahnya begitu universal dan mempunyai ciri-ciri antarabangsa. Saya mahu produk saya kelihatan eksklusif, nampak bijak dan cerdik sama seperti Deborah. Itu juga apa yang saya terapkan dalam bungkusan produk saya. Saya mahu orang memandang produk saya seperti mereka memandang Deborah. Cantik, bijak, dan mempunyai kemurniannya yang tersendiri.
5. Bagaimana dengan sambutan Syed Dewa Cosmetics setakat ini?
Alhamdulillah, setakat ini sambutan sangat baik. Apa yang mengejutkan saya menapat banyak reaksi positif dari pengguna. Kebanyakan mereka tidak pernah membeli produk lokal tetapi apabila mereka telah mencuba Syed Dewa Cosmetics mereka mula menyedari tentang kualiti produk lokal juga setanding produk antarabangsa. Itu antara perkara yang paling menggembirakan saya apabila orang sudah mula membuka mata terhadap produk lokal.
6. Boleh kongsikan tips solekan yang sesuai untuk Aidilfitri?
“Saya suka mengamalkan konsep berserhana dalam bersolek ketika Aidilfitri,. Jangan fikir disebabka hari raya, kita perlu bersolek sakan. Selalunya hari raya orang akan tengok kita depan-depan, bersalaman dan berlaga pipi. Jadi pastikan solekan sentiasa nampak segar dan natural supaya orang tengok kita pun tak terkejut. Lagi satu tips yang saya nak kongsi kalau boleh pastikan gincu anda pakai yang matte atau tahan lama. Jangan gunakan gincu yang boleh melekat di cawan. Jadi kalau anda pergi ke rumah terbuka, anda tidak tinggalkan kesan bibir anda di cawan rumah orang.
Dijual pada harga RM69.90 sebatang dan juga RM275.90 untuk sekotak yang memiliki 4 warna, Syed Dewa Cosmetics boleh didapati di laman sesawang syedewacosmetics.com.
Sepanjang bulan Ramadan ini anda boleh dapatkan Syed Dewa Cosmetics di booth Locka.My di KLCC berdekatan butik ZARA.