96705

Tamparan Wanita ‘Birds of Prey (And the Fantabulous Emancipation of One Harley Quinn)’ - Suria FM - Segalanya Hiburan

Baik atau buruknya filem ini bergantung kepada bagaimana anda menyukai filem ‘Suicide Squad.’

‘Birds of Prey (And the Fantabulous Emancipation of One Harley Quinn)’ sebenarnya terasa lebih seperti sebuah chic flick dan bukan superhero/action movie. Apa lagi dengan ketiadaan Joker atau Batman, filemnya benar-benar menonjolkan sisi Gotham yang lebih ‘ceria.’

Filem ‘Birds of Prey’ menjadikan Harley Quinn, buah hati Joker di dalam file ‘Suicide Squad’, sebagai watak utama dan pencerita. Cara penceritaannya yang unik sebenarnya banyak membantu menjadikan filem ini lebih menarik kerana sebenarnya cerita asasnya agak mendatar.

‘Birds Of Prey’ mengisahkan pertembungan empat wanita di Gotham City— Harley Quinn, Black Canary si penyanyi bersuara luar biasa, Huntress, pembunuh upahan misterius, dan Renee Montoya, anggota polis. Apabila penjahat penuh narsis, Roman Sionis dan orang kanannya Zsasz mencari seorang penyeluk saku remaja bernama Cass, keempat-empat wanita ini bertemu dan bersama-sama cuba menumpaskan Roman Sionis yang juga dikenali dengan nama ‘Black Mask’.

Filem penuh warna ini diarahkan oleh Cathy Yan dan dibintangi oleh Margot Robbie (“Bombshell,” “Once Upon a Time in…Hollywood,” “I, Tonya”) sebagai Harley Quinn, Mary Elizabeth Winstead (“10 Cloverfield Lane,” siri TV “Fargo”) sebagai Huntress, Jurnee Smollett-Bell (siri HBO “True Blood”) sebagai Black Canary, Rosie Perez (“Fearless,” “Pitch Perfect 2”) sebagai Renee Montoya; Chris Messina (“Argo,” siri TV “Sharp Objects”) sebagai Victor Zsasz dan Ewan McGregor (“Stephen King’s Doctor Sleep,” filem-filem “Trainspotting”) sebagai Roman Sionis. Pendatang baru Ella Jay Basco berperan sebagai Cassandra “Cass” Cain.

Pada kami, ‘Birds of Prey’ adalah jauh lebih baik daripada ‘Suicide Squad.’ Tetapi ia bukanlah filem adaptasi watak-watak komik DC yang terbaik. Kami rasakan filem ‘Birds Of Prey’ mahu menjadi sebuah filem ‘girl power’ tetapi ia menjadi cuma satu lagi filem Hollywood kosong dengan gadis-gadis seksi yang kononnya pandai berlawan. Sayang sekali.

Filem ‘Birds of Prey (And the Fantabulous Emancipation of One Harley Quinn)’ kini sedang ditayangkan di pawagam-pawagam seluruh Malaysia.

Artikel sumbangan: Ili Farhana

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!