img_3637

Siapa yang tidak kenal dengan Nurita Harith? Beliau merupakan salah seorang pereka fesyen popular di Malaysia.

Hingga kini Nurita sudah banyak mereka pakaian untuk para selebriti tempatan. Malah, pelakon terkenal Siti Saleha pernah menyarungkan persalinan pengantin rekaan beliau di hari bahagianya dulu.

Dan untuk tahun ini Nurita tampil lagi dengan koleksi pakaian pengantin yang hebat.

Seperti biasa, himpunan busana pengantin Nurita masih mengekalkan penggunaan kain renda bersama warna-warna lembut berasaskan rona putih dan gading. Ada juga warna lain dengan sentuhan kelabu serta beberapa persalinan yang menampilkan kain sayap atau ‘cape’ di belakang.

Yang pasti, himpunan pengantin Nurita Harith mampu membuat si pemakai tampil cantik bak bidadari di majlis persandingan serta resepsi. Di sini Suria tampilkan beberapa helaian daripada koleksi perkahwinan Nurita Harith.

 

img_3069

 

img_3235

img_3303

img_3410

img_3469

img_3494

img_3527

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!