73247

Tampil Mewah Dalam Helaian Rizalman Lebaran Ini - Suria FM - Segalanya Hiburan

Sempena meraikan ulangtahun ke-25 pelibatannya dalam dunia fesyen, pereka fesyen tersohor negara Datuk Rizalman Ibrahim dengan kerjasama Zalora telah melancarkan koleksi Jubli Perak.

Setelah suku abad bergelumang dalam industri rekaan fesyen, Rizalman menghadiahkan kepada peminat-peminatnya helaian sedia pakai mewah yang terinspirasi dari jenama serta pereka fesyen terulung dunia.
screen-shot-2017-06-01-at-12-42-06-pm

Menurut Rizalman, koleksi kali ini adalah gabungan ilhamnya sendiri bersama pereka-pereka fesyen yang menjadi ikonnya seperti Valentino, Christian Dior,Gucci dan sebagainya.

“Saya tahu ramai orang yang mengambil saya sebagai ikon, tetapi saya sendiri mempunyai ikon yang saya sanjungi. Mereka ini yang banyak mengajar saya bagaimana untuk berniaga dan mereka baju. Paling menarik koleksi ini direka oleh pelbagai pereka dan rakan-rakan idola saya sendiri”, jelasnya.

screen-shot-2017-06-01-at-12-48-57-pmscreen-shot-2017-06-01-at-12-49-23-pm

Tambah Rizalman lagi, pembeli harus mendapatkan koleksi ini kerana koleksi kali ini lebih mewah dari segi material yang digunakan. Jahitannya juga mempunyai ‘lining’ serta sulaman manik bertatahkan Kristal Swarovski yang sangat berbaloi untuk dimiliki.

ri909aa38xjlmy_1ri909aa90xhlmy_1ri909aa91xhkmy_1

“Untuk koleksi kali ini harganya lebih mahal daripada koleksi yang terdahulu, bermula dari RM600 sehingga RM1200. Tetapi saya rasa ia masih berbaloi kerana ini adalah koleksi Jubli Perak dan bukan koleksi hari raya semata-mata.

Hadir dalam 87 rekaan termasuk lelaki dan wanita kesemuanya, pelbagai pilihan rekaan serta potongan yang ditawarkan.

 

screen-shot-2017-06-01-at-2-01-51-pm

Pilih saja di antara kebaya renda rona hijau persis keluaran rumah fesyen Gucci, atau kurung moden bewarna merah menyala ala Valentino serta kaftan dramatik ilham jenama Dior.

screen-shot-2017-06-01-at-12-47-36-pm

Bagi si jejaka pula, baju melayu tradisional dengan sedikit sentuhan moden pasti membuatkan anda kelihatan tampan di pagi raya. Untuk bersantai di petang raya pula, Rizalman menawarkan kurta moden yang sangat ‘trendy’ untuk digayakan.

 

screen-shot-2017-06-01-at-1-50-36-pmscreen-shot-2017-06-01-at-1-40-37-pmscreen-shot-2017-06-01-at-1-52-37-pm

Bukan itu sahaja, Rizalman turut tampil dengan koleksi beg tangan yang diberi nama Ribag serta capal rona keemasan sebagai pilihan pelengkap gaya.

 

screen-shot-2017-06-01-at-1-56-18-pmscreen-shot-2017-06-01-at-1-54-26-pm

Bagi anda yang ingin tampil lebih mewah di hari lebaran ini, bolehlah mendapatkan koleksi istimewa ini di Zalora.my

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!