85378

TAUZIA Membuka Dua Lagi POP! Hotel di Jawa Tengah Indonesia - Suria FM - Segalanya Hiburan

pophotel-pemuda-facade

Kalau bercadang nak pergi melancong ke bandar Solo atau Semarang di kawasan Jawa Tengah Indonesia dan tercari-cari penginapan yang murah namun masih berkualiti, kami di Suria ada berita baik untuk anda!

Jenama pengurusan hotel terkenal di Indonesia TAUZIA telah mengumumkan pembukaan dua lagi POP! Hotel-nya di Jawa Tengah aitu POP!Hotel Pemuda Semarang dan POP! Hotel Solo. Berlokasi strategik di nadi kota Semarang dan Solo, dua hotel ini akan menetapkan penanda aras baru di Jawa Tengah untuk hotel bajet atau mampu inap yang disasarkan untuk pelancong yang pentingkan kualiti serta mencari penginapn dengan harga terjangkau.

POP Hotel Pemuda Semarang dibuka pada 10 Januari 2018 dengan 134 bilik serta dua ruang mesyuarat dapat menampung sehingga 70 orang, sementara POP! Hotel Solo dibuka pada tanggal 15 Januari 2018 lalu dengan kemudahan 189 bilik serta empat ruang mesyuarat dengan kapasiti maksimal 60 orang untuk persidangan acara pejabat atau acara peribadi.

Kedua hotel ini menawarkan PitStop, sebuah lobi dan ruang tamu yang menawarkan konsep ‘Cafe + convenience store’ atau kafe dan kedai yang memberikan pengalaman gaya hidup yang menyenangkan. PitStop beroperasi 24 jam yang dirancang khusus menjadi tempat umum yang sosial dan interaktif bagi para profesional muda dan para pelancong masa kini. Serangkaian makanan dijual, selain nasi kotak atau bungkus, sandwis, pastri, dan pasta, serta minuman panas dan sejuk.

pitstop2

“Pembukaan 2 hotel ini menandakan kehadiran POP! Hotel di Jawa Tengah untuk menampung pertumbuhan perniagaan dan liburan di kawasan ini yang terus berkembang, “kata Benjamin Castel, Pengarah Operasi POP! Hotel, “Kami telah mengembangkan rangkaian POP!Hotel yang beroperasi di seluruh Indonesia sebanyak 23 hotel dan kami akan melanjutkan perkembangan dengan membawa konsep hotel bajet yang selalu segar dan moden.”

Ketahui lebih banyak tentang POP! Hotel Pemuda Semarang dan POP! Hotel Solo di pophotels.com dan @pophotels melalui media sosial.

POP! Hotel merupakan rangkaian hotel bajet untuk pelancong yang bijak dan mesra alam. Ada 23 POP! Hotel yang beroperasi dan 15 hotel lainnya dijadualkan buka sehingga tahun 2023 di seluruh Indonesia. POP! Hotels meraih anugerah kategori Best Economy Hotel  pada Budgie$ and Travel Awards 2013 di Singapura dan salah satu hotelnya di Bali telah meraih Best Budget Hotel – Asia Pacific di acara Annual TTG Travel Awards 2015. Kenali lebih lanjut di @pophotels atau www.pophotels.com

Didirikan pada tahun 2001, TAUZIA Hotel Management adalah jaringan 118 hotel yang beroperasi dan dalam tahap pembangunan dengan jenama Préférence – label untuk koleksi hotel butik, hotel HARRIS Vertu – hotel kelas atas dengan konsep ‘Joy of Life’, HARRIS – hotel kelas menengah yang mempromosikan gaya hidup sihat, hotel FOX Harris – hotel kelas menengah dengan rekaan kontemporari dan mudah beradaptasi, YELLO – hotel ekonomi baru untuk para netizens, dan POP! hotel bajet untuk pelancong bijak serta mesra alam. Untuk pengetahuan lanjut layari tauzia.com dan ikuti media sosial @tauziahotels

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!