73214

Tema Afrika Menjadi Pilihan Jovian Mandagie Untuk Koleksi Lebaran 2017 - Suria FM - Segalanya Hiburan

africa2

Pereka fesyen terkenal tanah air, Jovian Mandagie sekali lagi bekolaborasi dengan laman e-dagang ZALORA Malaysia bagi menghasilkan koleksi lebaran 2017.

Pereka yang terkenal dengan elemen etnik di dalam setiap rekaannya ini telah memilih sesuatu yang agak berbeza untuk koleksinya kali ini.

africa1

Savannah by Jovian Mandagie telah mengangkat tema bumi Afrika di dalam setiap helaian koleksinya kali ini.
Hadir dalam 40 rekaan kesemuanya, potongan kurung moden menjadi tunjang utama untuk koleksi ini. Warna-warna bumi seperti hijau, merah jambu, coklat dan kelabu dipilih bagi menyuntik unsur Afrika itu sendiri.

Fabrik yang digunakan pula terdiri daripada cetakan, crepe, kapas campuran, satin berat, organza dan juga les.
Kesemua koleksi itu telah dipersembahkan dalam satu pertunjukan fesyen di ibu kota baru-baru ini.

africa3
Menurut Jovian, beliau sentiasa inginkan sesuatu yang berlainan di dalam setiap koleksi rekaannya, dan koleksi kali ini dilihat mampu memberikan impak unik yang berbeza jika dibandingkan dengan koleksinya yang lepas.

africa-5
Sementara itu, Pengarah Urusan ZALORA, Giulio Xiloyannis berkata, Jovian sentiasa memberikan kejutan setiap tahun dengan koleksi yang melangkaui imaginasi sekaligus memberikan pelanggan ZALORA sesuatu yang segar dan bergaya.

africa-4
Untuk anda yang ingin mendapatkan koleksi Savannah by Jovian Mandagie bolehlah mendapatkannya di ZALORA.
Kesemua koleksi bermula dari harga RM460 sehingga RM670.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!