91645

Tenangkan Fikiran Di Sugar Marina Resort Krabi - Suria FM - Segalanya Hiburan

Krabi adalah salah satu daerah di Thailand yang terkenal di kalangan pelancong seluruh dunia. Mempunyai tarikan yang tersendiri, Krabi ada pelbagai pulau yang sangat cantik untuk aktiviti ‘island hopping’ dan yang paling terkenal ialah Pantai Ao Nang yang sentiasa meriah pada waktu malam.


Selain daripada aktiviti pulau, penginapan yang selesa juga perlu diambil kira. Terdapat lambakan tempat penginapan di sepanjang jalan Pekan Ao Nang. Namun, Sugar Marina Resort, Krabi merupakan nama yang tidak asing lagi bagi pelancong yang datang ke sini. Sebuah hotel yang menjadi tarikan pelancong dengan keunikan yang asli, ia terletak di tengah pekan Aonang, Sugar Marina Resort ini sering menjadi pilihan pelancong tidak kira dari negara mana asalnya.

Melangkah masuk sahaja ke ruang utama hotel ini, sememangnya mengagumkan. Menggunakan konsep alam semulajadi, pelancong yang datang pastinya terpersona dengan hiasan dinding serta ruang menunggu hotel ini. Susun atur yang kemas serta layanan mesra pekerja membuatkan kita seperti di rumah sendiri.

Mempunyai keluasan bilik yang selesa, bersih dan mengunakan tona warna putih coklat menjadikan kita tenang berada di sini. Bilik air juga besar dan selesa.

Mengetahui rata-rata pengunjung mereka ingin melakukan aktiviti pantai, Sugar Marina Resort juga menyediakan tuala khusus untuk aktiviti luar berserta tikar untuk dibawa ke pantai. Tak perlu risau mencari tempat duduk nanti!

Sugar Marina Resort mempunyai dua kolam renang panjang yang berada di dua bangunan yang menghadap satu sama lain dengan menyediakan kerusi pantai untuk para pengunjungnya berehat sambil berjemur di bawah cahaya matahari. Terdapat juga pilihan bilik ‘pool access’ di mana tamu boleh terus terjun dari balkoni bilik, tak perlu susah-susah keluar!

 

Kepelbagaian hidangan sarapan pagi di sini juga tidak mengecewakan. Mereka mengetengahkan hidangan Eropah, Asian dan lokal.

Selain Sugar Marina Resort, satu lagi jenama dibawah naungan yang sama juga terdapat bersebelahannya iaitu MARINA EXPRESS-FISHERMAN-AONANG.
Mendengar namanya sahaja kita sudah dapat membayangkan dekorasi yang diguna pakai. Kemas dan tersusun rapi.

Masih menggunakan tona warna yang sama sesuai dengan konsep dikekalkan.

Berbeza dengan Sugar Marina Resort, hotel ini mempunyai kolam renang yang lebih besar dan dikelilingi dengan tumbuhan hijau sesuai untuk mereka yang inginkan ketenangan.

Untuk mereka yang inginkan suasana hijau dan tenang, MARINA EXPRESS-FISHERMAN-AONANG ialah tempatnya dan sekiranya inginkan suasana yang lebih moden, Sugar Marina Resort adalah pilihan yang paling tepat dengan harga bilik mampu milik!

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!