96860

The Gentlemen: Penuh Debaran dan Komedi Tak Dijangka - Suria FM - Segalanya Hiburan
Hollywood memulakan tahun 2020 dengan pelbagai filem menarik yang membanjiri pawagam dunia. Terbaru buat pencinta filem di Malaysia, pengarah tersohor Guy Ritchie tampil dengan sebuah karya yang penuh drama namun masih sarat dengan unsur komedi.
Filem yang berjudul The Gentlemen memaparkan ramai pelakon hebat dari barat dan istimewa sekali ia turut menyaksikan pembabitan bintang Malaysia, Henry Golding yang memainkan peranan pembantu yang agak penting.
Jalan cerita The Gentlemen berkisar dunia gelap penyuludupan dadah yang didalangi seorang tokoh utama bernama Mickey Pearson. Apabila Mickey mengambil keputusan untuk menjual perniagaannya, kedudukannya mula menjadi rebutan ramai ahli kongsi gelap yang lain cuba mendapatkan takhta serta empayar tersebut.
Seorang demi seorang cuba meyakinkan malah mengancam Mickey untuk menjual perniagaan haramnya kepada mereka dengan harga yang mereka mahukan namun gagal meyakinkan Mickey.
Mereka kemudian menggunakan taktik-taktik lain yang ‘melampaui batas’ untuk mendapatkan perhatiannya, sehingga menyemarakkan kemarahan Mickey.
The Gentlemen menampilkan nama-nama besar Hollywood seperti Matthew McConaughey, Charlie Hunnam, Colin Farrell, Hugh Grant, Henry Golding dan ramai lagi.

Jika ingin ketahui apa yang berlaku pastikan anda menonton The Gentlemen yang sudahpun mula ditayangkan di semua pawagam seluruh Malaysia bermula 13 Februari 2019.
Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!