97264

The Mayflower, Jakarta – Marriot Executive Apartments Sesuai Buat Seisi Keluarga! - Suria FM - Segalanya Hiburan

Jakarta memang merupakan antara destinasi yang paling disukai rakyat Malaysia. Selain daripada jaraknya yang dekat, (yang hanya memerlukan dua jam perjalanan menaiki kapal terbang dari Kuala Lumpur), ia juga mempunyai persamaan serumpun dari segi Bahasa dan budaya. Malah, barangannya yang secara umum lebih murah dari Malaysia menjadikannya destinasi ‘shopping’ kesukaan ramai.

Maka, tidak hairanlah sekiranya ramai rakyat Malaysia kerap mengunjungi kota tersebut. Dan selaras dengan kemasukan jumlah pelancong yang banyak ke sana, pilihan penginapan juga tidak kurang hebatnya. Aneka hotel mula tumbuh di Jakarta sejak dua dekad ini.

Namun, tidak banyak yang menawarkan kemudahan penginapan yang lengkap serta berkualiti tinggi. Walau bagaimanapun Marriott Executive Apartment, The Mayflower – Jakarta ada kelebihan ini. Berbanding kebanyakan hotel umum yang menawarkan bilik sahaja sebagai penginapan, The Mayflower – Jakarta merupakan sebuah penginapan berkonsep pangsapuri mewah.

Seperti namanya sendiri, ia merupakan pangsapuri eksekutif di bawah jenama tersohor Marriot, yang juga di antara kumpulan hotel paling gah di dunia. Lebih menarik lagi, setiap unit penginapan menawarkan pangsapuri yang luas dengan pelbagai kemudahan. Ini termasuklah dapur dengan kelengkapan penuh (peti sejuk, tempat masak, perkakas makan) serta ruang tamu dan juga bilik yang besar. Setiap unit juga ada televisyen bersiaran satelit dan pemandangan indah dari jendela.

Bagi rakyat Malaysia yang memang suka bercuti bersama keluarga, pangsapuri seperti ini memang ideal untuk mereka yang datang berlibur beramai-ramai. Tambahan pula sejak adanya sistem pengangkutan awam MRT Jakarta, ia menjadi semakin mudah untuk bersiar-siar di kota ini.

Faktor ini menjadikan The Mayflower – Marriot Executive Apartment satu pilihan hebat kerana ia benar-benar terletak di stesen perhentian MRT Setiabudi Astra. Malah, dua stesen berikutnya adalah stesen Bundaran HI yang merupakan kawasan utama pusat bandar Jakarta di mana terletaknya pusat membeli-belah tersohor mereka iaitu, Grand Indonesia serta Plaza Indonesia. (Stesen Bundaran HI juga adalah stesen MRT terdekat ke pusat membeli-belah Thamrin City, yang memang menjadi kesukaan rakyat Malaysia kalau ke Jakarta. Perjalanan ke Thamrin city hanya mengambil masa 10 minit dari stesen MRT tersebut)

Kesemua ini jelas menjadikannya pilihan yang tepat buat keluarga yang ingin bercuti di Jakarta. Ditambah pula dengan kemudahan lain seperti kolam renang dalaman yang luas dan pusat senaman atau gimnasium yang menawarkan pemandangan metropolitan kota Jakarta, menjadikannya lebih menarik lagi!

Tidak ketinggalan juga adalah perkhidmatan spa di Spa Suites (di tingkat teratasnya) dan juga The Café yang menawarkan ajnas juadah makanan untuk menjamu selera.

Jadi bayangkan sahaja, bagaimana The Mayflower, Jakarta – Marriot Executive Apartments boleh memenuhi tuntutan percutian setiap keluarga yang menginap di situ. Dengan ruang penginapan yang lengkap dan luas untuk bilangan keluarga yang besar, lokasi strategik berdekatan kawasan membeli-belah dan bersiar-siar, ia mempunyai semuanya untuk setiap ahli keluarga! Jadi pastikan The Mayflower, Jakarta – Marriot Executive Apartments menjadi pilihan anda kalau berkunjung ke Jakarta!

Artikel sumbangan: Shah Shamshiri

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!