94734

The Regent – Chaam, Hua Hin dan Regent- Chalet Hua Hin Mengundang Damai Di Hati - Suria FM - Segalanya Hiburan

Apabila berbicara tentang negara Gajah Putih Thailand, mungkin anda bosan untuk ke Bangkok, Phuket atau Krabi. Kami mencadangkan anda untuk mengalihkan pandangan percutian ke sebuah lagi kota pantai bernama Hua Hin.

Mempunyai kepadatan penduduk lebih kurang 85,000, berkeluasan 911km persegi dan terletak 200km dari selatan Bangkok, ada beberapa tempat yang anda mungkin boleh lawati. Mengikut sejarah, kota ini terkenal dengan destinasi lawatan di Raja Thailand yang dulunya adalah hanya sebuah kampung nelayan, Cuma bermula pada tahun 1920-an barulah kerajaan Thailand membangunkan beberapa resort.

Saya sempat meluangkan masa selama 3 malam untuk merasai keunikan kota Hua Hin. Kerana saya amat suka dengan keindahan pantai, saya telah memilih untuk menginap di The Regent – Chaam Hua Hin Kedudukan ruang bilik kami menghadap ke pantai memberikan pemandangan yang indah dan tenang.

Seperti hotel dan resort yang lain mereka menyediakan beberapa bilik mengikut keselesaan pelancong. Namun saya lebih tertarik dengan pakej “Family Room”, ruang bilik itu dihiasi seperti sebuah taman tema “The Pirate of The Caribbean”. Warna, lukisan dan susun atur perabut pasti membuatkan anak-anak lebih selesa dan gembira menikmati pandangan animasi yang disediakan oleh pihak hotel.

Sebuah lagi bilik yang menarik minat saya ialah “Royal Regency Suite”, mendengar akan namanya semua dapat meneka ruang bilik itu dihiasi seperti sebuah istana kecil. Ia turut mengekalkan ciri-ciri tradisional Thailand dan bergabung dengan aturan perabut and barangan elektrik yang moden. Ruang yang besar juga membolehkan anda untuk mengacarakan majlis makan malam bersama keluarga atau teman-teman.

Sebuah lagi tempat penginapan yang anda boleh pilih ketika berada di sana ialah Regent – Chalet Hua Hin. Kawasan penginapan ini masih mengekalkan ciri-ciri sebuah desa. Suasana pokok, susun atur bangunan dan bilik sehinggalah ke menu ia seperti mengingkatkan kita akan kampung halaman. Lebih menarik, apabila anda memesan makan dari bilik, pihak chalet akan menghantar juadah di dalam mangkuk tingkat yang unik dan beraneka warna. Jarang sekali anda akan lihat cara makanan itu dihidangkan dengan menggunakan mangkuk tingkat, selalunya dengan hanya menggunakan pinggan dan mangkuk.

Di sini juga ada disediakan perkhidmatan ruang keraian jika anda ingin membuat parti, ‘Karawek Meeting Room” ada  kawasan tidak berbumbung, pihak chalet boleh menyusun atur kerusi dan meja ibarat semua “garden party” dan kawasan itu menghadap pantai. Sungguh mengasyikkan.

Penginapan ini juga merupakan satu-satunya resort menghadap pantai dengan harga yang berpatutan. Setiap bilik telahpun diubahsuai dan diperbaharui dengan sambungan wifi.

Antara lokasi-lokasi yang anda boleh lawati ialah Stesen Keretapi Hua Hin, ia telah dibina ketika pemerintahan Raja Rama IV, stesen ini merupakan salah satu stesen kereta api tertua dan tercantik. Tarikan utama di stesen ini sudah tentu Bilik Menunggu Diraja yang hingga kini digunakan oleh kerabat diraja.

Anda juga boleh ke Hua Hin Night Market yang terletak di Petchkasem Road bermula jam 6 petang hingga larut malam. Sudah tentu anda boleh mendapatkan buah tangan hadiah untuk dibawa pulang. Pasar ini juga ada menyediakan makanan tradisional Thailand seperti pulut mangga, mangga kering, pulut ayam dan juga ais krim kelapa ala-ala Sangkaya.

Sebuah lagi pasar yang anda boleh lawati ialah  Cicada Market terletak di Khao Takieb – Hua Hin Road, merupakan singkatan dari Community of Identity Culture Arts & Dynamics Activities, pasar seni yang merupakan tempat mencari barang-barang yang unik dan dihasilkan oleh anak tempatan .

Jadi kalau anda ingin mencari tempat penginapan sekiranya berkunjung ke Hua Hin, pastikan The Regeant Chaam Beach Resort dan Regent Chalet menjadi pilihan supaya mudah anda menikmati keindahan pantai Chaam dan Kota Hua HIn.

Untuk keterangan lanjut klik disini untuk Regent – Chalet, Hua Hin dan disini untuk Regent – Chaam, Hua Hin.

Artikel sumbangan: Afdal Shahizad

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!