90467

Tiada Lagi Alasan Untuk Muslimah Tidak Bersukan, Naelofar Hijab Perkenal Tudung Untuk Bersukan - Suria FM - Segalanya Hiburan

Jenama tudung popular Naelofar Hijab melangkah setapak lagi dalam inovasi hijab apabila memperkenalkan hijab untuk wanita bersukan yang diberi nama AURA.

Kesedaran tentang betapa pentingnya untuk wanita masa kini kekal fit dan aktif telah mendorong Naelofar Hijab untuk mengeluarkan koleksi ini dibawah koleksi Naelofa Fit.

AURA direka khas untuk wanita dan menggalakan mereka supaya menjadi lebih aktif dan fit tanpa batasan.

Oleh itu Naelofar Fit hadir dengan konsep yang baik dalam menghasilkan lebih banyak pakaian sukan untuk masyarakat Islam yang memberi tumpuan lebih kepada wanita.

AURA, adalah tudung sukan yang diperbuat daripada fabrik yang paling tahan lasak dan boleh bernafas, ‘lycra polik’ berteknologi tinggi. Ia sangat ringan untuk menyokong pergerakan dengan mudah, dan yang paling penting ialah ia bersifat anti peluh.

Fabrik jenis ‘wicking’ meresap kelembapan dari tubuh ke bahagian luar tudung di mana ia dapat menjadikan kepala dan leher anda lebih kering, selesa sepanjang masa.

Ia datang dalam satu saiz yang sesuai dengan semua dengan teknik jahitan ‘hemstitch’. Teknik ‘binding’ (mengikat) di bahagian muka menjadikannya sesuai untuk pelbagai saiz kepala dan bentuk muka dengan kemas. Dengan bantuan tambahan kain cengkeraman diri di bawah dagu.

Dijual pada harga RM55.00, AURA boleh didapati di smeua cawangan Naelofar Hijab dan juga stokis terpilih. Dengan adanya hijab untuk bersukan ini, tiada lagi alasan untuk muslimah diluar sana tidak bersukan!

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!