73078

Tips Nak Pikat Hati Isteri Supaya Belajar Masak - Suria FM - Segalanya Hiburan

Apa je cara yang boleh suami lakukan agar isteri rajin masak? Ataupun isteri tidak tahu masak? Mungkin ada pasangan yang mengatakan suami menerima dirinya seadanya, tetapi persoalan yang jelas ialah sampai bila?!

Jadi, apa yang boleh dilakukan oleh suami agar isteri rajin masuk dapur. Kalau isteri tak tahu masak, boleh belajar. Dan lelaki, silalah ringankan tulang menolong ye! 

1. Suami kena sokong isteri, bukan asyik complaint je!

Jika isteri tidak pandai memasak, jangan marah ataupun herdik dia tetapi hantarlah dia ke kelas memasak. Kalau setiap hari berlatih dan belajar, nanti pandailah isteri. Suami juga boleh belikan buku masakan untuk dibaca dan dicuba oleh isteri.

2. Suami kena tolong isteri di dapur.

Ini penting, takkan la anda ingin biarkan isteri bersendirian menyediakan juadah untuk anda. Isteri yang bekerjaya mungkin tiada masa untuk memasak jadi, si suami perlulah membantu isteri di dapur. Fikirkan menu apa yang ingin dimasak. Bukan apa, secara tak langsung, dapat eratkan hubungan suami isteri.

3. Rajin sediakan bahan-bahan untuk isteri masak.

Jika suami tahu resepi masakan yang isteri ingin masak, mungkin boleh sediakan bahan-bahan penyediaannya. Mungkin suami boleh sediakan bahan-bahan basah dan kering jadi mudah untuk isteri menumisnya sahaja. Apabila anda rajin, perkara yang susah akan mudah.

4. Tonton rancangan memasak bersama-sama.

Suami jangan hanya asyik tengok cerita sukan sepanjang hari, luangkan sedikit waktu menonton rancangan memasak bersama isteri. Sekarang di TV, banyak saluran khas untuk program masakan yang disediakan, malah, program tersebut langsung tidak bosan. 

5. Mulakan menu yang mudah.

Pelik untuk suami tidak tahu masak, apatah lagi masak sardin. Bagi yang tidak pandai memasak, dicadangkan untuk memasak masakan yang mudah dan ringkas terlebih dahulu. Mungkin, anda boleh cuba goreng ayam, rebus telur, masak nasi, tumis sayur dan pelbagai lagi yang ringkas.

Jadi, bila suami anda membantu anda, masih tidak mahu memasak lagi?  Apapun, tepuk dada tanya selera.

Sumber dipetik dari wanista.com

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!