73379

Tips Percutian Musim Sejuk Untuk Pesakit Lelah Atau Asma - Suria FM - Segalanya Hiburan
whatsapp-image-2017-12-28-at-1-21-03-pm-1
Gambar Instagram @yoon_photos

Kami di Suria tahu pasti ramai yang nak bercuti ke negara sejuk di musim cuti sekolah ini. Namun percutian musim sejuk anda mungkin terganggu jika anda adalah penghidap asma.

Kami di Suria telah menemui satu laporan daripada akhbar Mstar Online yang kami yakin dapat membantu para penghidap asma yang bercuti semasa musim sejuk.

Menurut laporan Mstar Online cuaca sejuk boleh menjadikan gejala asma yang turut dipanggil lelah ini semakin teruk, menjadikan anda tidak selesa, seterusnya menyebabkan percutian anda tidak menyeronokkan.

Asma juga boleh membuatkan anda lebih mudah terdedah kepada sebarang virus selesema, seterusnya membuatkan anda lebih mudah terjejas untuk mengalami jangkitan dada.

Ketika cuaca terlalu sejuk, anda mungkin akan berfikir satu-satunya cara untuk melarikan diri dari mimpi buruk yang tidak dapat dielakkan ini adalah dengan membungkus diri dalam selimut di hotel atau di ruang tertentu.

Tetapi percutian anda sebenarnya tidak perlu menjadi seperti ini!

whatsapp-image-2017-12-28-at-1-21-03-pm-3
Gambar Instagram @rebellionofdragons

Anda juga boleh menikmati percutian musim sejuk seperti orang lain asalkan anda tahu cara terbaik untuk menguruskan diri dan situasi semasa.

Di UK sahaja, terdapat seramai 5,400,000 yang menderita asma yang mana saluran udara mereka sangat sensitif.

Pakar perunding pernafasan yang berpusat di Hospital William Harvey di Ashford, Kent, Dr BV Prathibha memberitahu Metro.co.uk: “Perubahan suhu, terutama suhu sejuk, merengsakan saluran pernafasan dan disebabkan penghidap asma mempunyai saluran udara yang sangat sensitif, ia akan mengakibatkan mereka batuk atau mengalami kekejangan dada.

“Sesetengah spora kulat (seperti aspergillus) juga berada di atmosfera, yang turut menjengkelkan saluran pernafasan.”

“Selain itu, dengan semua virus flu dan selesema yang tersebar, anda lebih mudah terdedah, terutamanya apabila virus ini mempunyai kecenderungan untuk berubah menjadi jangkitan dada yang menyebabkan anda batuk berkahak sepanjang hari sehingga mengganggu sambutan Krismas anda.

whatsapp-image-2017-12-28-at-1-21-03-pm
Gambar Instagram @sherrycookiki

“Walaupun anda mengelak dari persekitaran luar, anda sebenarnya mendedahkan diri kepada pencemaran udara dalaman seperti kotoran habuk dan asap dari produk pembersih di rumah. Dekorasi Krismas juga boleh membuatkan gejala anda lebih teruk.”

Berita baiknya ialah terdapat beberapa langkah untuk memastikan anda dapat melindungi diri anda pada musim sejuk!

whatsapp-image-2017-12-28-at-1-21-45-pm

Pertama sekali, Dr Prathibha menjelaskan bahawa anda harus mengambil inhaler seperti yang disarankan oleh doktor atau jururawat asma anda.

“Sangat penting untuk mengurangkan sebarang reaksi dengan memastikan ubat-ubatan termasuklah inhaler anda, terutamanya inhaler pencegah diambil secara teratur dan seperti yang dinasihatkan.

“Pengambilannya yang kerap mengurangkan sensitiviti saluran pernafasan dan cara ia bertindak balas terhadap perubahan suhu atau sejuk. Anda juga harus menyimpan inhaler ‘reliever’, supaya jika anda mengalami sebarang gejala daripada cuaca sejuk, anda boleh menggunakannya sebagai alat bantuan.”

Dia juga mencadangkan beberapa nasihat umum, seperti sentiasa pastikan tubuh anda dilindungi dari kesejukan dan memastikan anda mengambil vaksin selesema untuk meminimumkan kerengsaan.

whatsapp-image-2017-12-28-at-1-21-03-pm-2
Gambar Instagram @zoeyhowe

Berikut 6 tips yang boleh diamalkan penghidap asma ketika bercuti pada musim sejuk.

– Jangan lupakan ubat-ubatan! Sebelum bercuti, dapatkan nasihat doktor jika anda tidak pasti apa, bila, bagaimana dan berapa kali yang sepatutnya anda ambil. Anda mungkin mempunyai satu inhaler reliever, biasanya Ventolin, yang perlu anda ambil mengikut saranan doktor. Anda juga akan mempunyai inhaler pencegah, yang harus anda ambil secara tetap, contohnya Symbicort.

– Pastikan diri anda kekal kering dan suam! Jangan lupa memakai sarung tangan, selendang dan topi dan sentiasalah bawa payung.

– Bernafas melalui hidung, bukan mulut! Hidung anda menghangatkan udara semasa anda menghirupnya!

– Jika anda ingin bersenam, anda masih boleh melakukannya, tetapi lakukannya di tempat tertutup seperti di bilik hotel.

– Sentiasa semak ramalan cuaca. Jika ia benar-benar sejuk, sekurang-kurangnya anda sudah membuat persediaan yang sepatutnya.

– Sekiranya gejala asma anda terjadi disebabkan perubahan suhu mendadak, ini adalah tip untuk anda yang sudah keluar dari rumah/hotel dan berada di jalan yang sangat sejuk. Cuba balut/lindungi hidung dan mulut anda dengan selendang secara longgar, ini akan segera menghangatkan udara di sekeliling.

 

sumber : Mstar Online

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!